Sekitar Karnival Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012

Baru hari ini saya sempat untuk mengupdate cerita sepanjang Karnival Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 yang bertempat di auditorium Perpustakaan Negara sabtu yang lepas. Keterujaan pun sudah habis, hihi!.
Moh lah kita terus layan cerita bergambar sepanjang setengah hari program tersebut berlangsung…
Seawal 8.30 pagi auditorium pun semakin penuh dengan kehadiran pada jemputan dari pelbagai agensi dan orang awam. Jauh disudut hati gusar adakah auditorium ini boleh memuatkan kesemua jemputan yang telah dijemput. Tu belum campur yang walk-in lagi.
Nahh..memang tidak dijangkakan tempat duduk penuh, sebahagian yang datang pada tengah-tengah program terpaksa duduk di kerusi tambahan dibelakang dan diluar auditorium malah ada yang duduk ditangga.
Acara pada hari tersebut dimulakan dengan ucapan dan perasmian oleh Yang Berbahagia Datin Hajjah Che Zu Bt Zakaria, isteri Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar.
Selepas itu, acara diteruskan lagi dengan perasmian Kumpulan Titisan Emas (Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu WP KL & P).
Saya berdebar menanti nama dipanggil sebagai Pengerusi Kumpulan TE untuk menerima simbolik penghargaan daripada Datin.
Tengah menerima simbolik nih. Aiseh cameraman nya nun jauh diatas, hehe!
Bergambar bersama sejurus selepas acara perasmian. besarnya akak,huhu!
Kemudian, acara dimulakan oleh Malaysian Babywearers sebagai pembuka tirai dengan ceramah dan demonstrasi yang bertajuk “Mengendong Bayi, Memudahkan Asuhan”. 

Acara seterusnya pula adalah Forum Perbincangan yang bertajuk “Dilema Wanita Bandar: Tidakkan Glamor Menyusu Susu Ibu?. Bersama dengan 3 panel jemputan iaitu Dr Faridah Idris, Pensyarah Fakulti Perubatan UPM, Ustaz Nushi Mahfodz, Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan selebriti Serina Redzuwan yang juga menyusukan anak-anaknya secara esklusif.

Sempat acik bergambar poloks2 semasa menyambut kedatangan beliau dibilik menunggu VIP, jangan jeles!😛

Kesemua panel-panel sedang menunggu dibilik VIP sebelum acara forum perbincangan bermula. Sambil tu meh lah kita bergambar-gambar sat yer!

Hahh, sementara itu model-model mantops sedang bersiap-siap dengan pakaian masing-masing di bilik persalinan sebelum acara fesyen ibu menyusu dan hamil. Jutaan terima kasih kepada pihak DNA, Mumsdreams dan Suri Nursing Couture yang sudi menaja pakaian-pakaian tersebut.

Dan tak lupa juga pada model-model yang volunteer pada hari tersebut. Korang memang sangat sporting  dan ‘malatops’. Kompon ahkak calling-calling lagi korang untuk next event yer! Eh macam Runaway manager lak, hahah!

Di ruang legar Perpustakaan juga berlangsungkan booth-booth pameran kesihatan seperti dari Jabatan Kesihatan, Kaunseling penyusuan dari Titisan Emas, Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC), dan juga Malaysian Babywearers (MBW).

Alhamdulillah, selesai juga program Karnival Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 yang telah dianjurkan oleh pihak Jabatan Kesihatan WP KL&P dengan kerjasama Kumpulan Titisan Emas. Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan TE yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan program ini.

Gambar-gambar diatas adalah daripada kamera HP sendiri dan juga Puan As Niza. Untuk gambar-gambar yang lain sepanjang program ini, jemput tengok  Album Titisan Emas di Facebook.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: