6th laser treatment

Hari selasa yang lalu adalah temujanji laser izzet yang ke-6. Buat pertama kalinya saya datang sendirian ke sini bersama izzet. Seawal 6.15am saya sudah keluar dari rumah walaupun appointment saya adalah pada pukul 8am kerana saya perlu mencari parking lagi disini. Sesudah menukar cd izzet (tanpa mandi) terus masuk ke kereta, mujur sepanjang2 perjalanan dia tidur.
Saya sampai di hadapan instittut pediatrik ini lebih kurang pukul 7.15am. Memang takda harapan lah parking kat bawah tu. Memanjang je penuh. Rasa kereta patient yang macam tak keluar pun ada. Bukannya banyak pun kat situ. Saya fikir2 tidak mahu park disitu kerana bimbang jika diblok kereta nanti.
Last-last saya park diatas tebing jalan ini sahaja. Tebing-pun-tebing lah, kasi panjat slow-slow.
Rutin biasa semula masuk start laser masuk wad dulu, sapu krim EMLA dan kasi ubat tidur. Kali ni tak muntah sebab tu dalam masa 5 minit terus zzzzzz dah!
Sambil itu, permandangan pagi hari wad kanak-kanak KK6..

 Bilik laser. Kali ini tak payah pangku sebab izzet tidur tak bangun lagi. Senang kerja kali ini. Dr Leong pun banyak dapat buat shot laser dekat birthmark dia. Hari ini level laser naik lagi. So expected more bruising will appear. Selalunya dia akan tersedar setiap laser shot tu..especially kat tempat-tempat yang sensitif seperti atas bibir tu. Ada lah juga 2-3 kali dia terjaga tapi dia tidur semula. Dr Leong awal-awal dah pesan untuk terus dakap dia dari atas supaya dia lebih comfort. Berkesan lah pulak teknik dia nih..hehe!

Snap-snap-snap…pre- and post-laser pic.
 Selepas habis  laser pun masih tidur lagi. 

Alhamdulillah, proses laser hari tu berjalan dengan lancar dan sangat mudah. Selepas pulang ke wad dalam pukul 11am saya sudah dibenarkan discharge dari wad. Berbanding sebelum-sebelum ini sampai ke zuhur pun tak setel-setel lagi. Macam tahu-tahu je saya datang dua beranak kali ini, alhamdulillah!🙂

 Masuk kereta sambung tidur lagi.

 Beberapa jam selepas laser. Kesan lembam lebih nyata. Tapi pada hari ini kesan dah pudar dah. Laser ke-7 dijadualkan pada bulan September nanti.

One thought on “6th laser treatment

  1. Liza Othman says:

    just nak tanya, kalau birthmark macam ni tapi di bawah lengan/peha, adakah bahaya/perlukan rawatan laser? sbb dua2 anak ada birthmark especially yg 2nd sbb besar cuma kat bawah lengan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: