Fever&Ulser, i’m back to EP again :(

Izzet demam on and off sejak dari khamis lepas. Demam kali ini agak terus sedikit. Dia jarang demam, tapi kalau demam memang betul-betul demam lah. Bawa jumpa doktor, tonsil ada bengkak sedikit. Memang dia ada batuk berkahak sedikit sebelum demam tu, jangkit dari abangnya. Malam jumaat dah start demam..

Kebetulan gigi geraham atasnya dua2 sedang menumbuh dengan rancang dan juga gigi satu gigi sebelah geraham tu (gigi apa ek?, hehe!) Jadi dia ada total 11 gigi (3 baru nak menunjukkan taringnya, hehe!). Kata mak saya, budak2 nak tumbuh gigi geraham memang boleh demam apetah lagi kalau kedua2nya serentak. Tah ler, huhu!

Rentetan demam on and off tu, mungkin menyebabkan terjadinya ulser di hujung lidahnya. Baru saya perasan satu spot yg besar juga, hampir sebesar syiling 5 sen. Dan ini mengukuhkan anggapan saya kerana izzet sudah tidak mahu menyusu sejak dari semalan hinggalah ke hari ini. Terpaksalah saya memerah dan beri susu itu melalui syringe. Yang bestnya, boleh sengih2 pula.

Kasihan izzet, dia memang nak cuba menyusu tapi bila mulutnya hampir ke puting dia dah mula ‘gag’ dan terus palingkan muka, alahaii! Nasib baik dia ok je guna syringe walaupun saya yang beri. kalau tak dulu (masa sihat) memang dia tak mahu..huhu).

Dari semalam hingga ke hari ini sudah 2 hari saya memerah. Wah, teringat zaman-zaman menjadi Exclusive Pumper/pumping(EP) dahulu. Oleh kerana saya dah pernah melaluinya, so tiada masalah bagi saya untuk menjadi EP semula untuk beberapa hari ini.

Semoga cepat lah hilang ulcer itu dan izzet kembali menyusu seperti biasa (malas sebenarnya nak EP 24 jam ini). Macam semalam, pukul 3 pagi saya kena bangun, sebab breast dah bengkak..huhu! Dan yang bestnya sebab this time saya bukan 100% EP so saya tak perlu rigid memerah 2-jam sekali mengikut jadual dan tepat pada sekian-sekian waktu tanpa skip, seperti dahulu. Kerana dulu tiada stimulasi dari bayi langsung dan hanya bergantung pada pam sahaja untuk meng-set kan ‘demand dan supply’.πŸ™‚

Get well soon my sweetie pie! Muahh!

One thought on “Fever&Ulser, i’m back to EP again :(

  1. Sima says:

    Semoga Izzet cepat sembuh. Amin.πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: