Mengaji Mukadam

Sudah 4 hari azri mula belajar mengaji mukadam setiap kali selepas solat maghrib mulai dari jumaat yang lepas. Sepanjang 4 hari tu pun dah pelbagai ragam setiap kali proses itu. Ada kalanya sekejap je belajar tak sampai 5 minit pun, adakala baca sekali je pastu dia taknak dah, kadang-kadang dia terus selak-selak muka surat yang seterusnya tanya itu dan ini. Memang kena SABAR betul kalau nak jadi cikgu dirumah ni..huhu!
Walau apa pun reaksinya, objektif sebenar saya adalah untuk membiasakanya proses pembelajaran begini supaya dengan memperkenalkannya suatu hari nanti dia akan kenal dan boleh menguasainya, chewahh! So takpalah kalau sekejap ke, tak mahu ke yang penting jangan PAKSA!
Jom layan gambar kali pertama azri belajar mengaji (pertama kali ni memang teruja skit dia, hehe!)…
Adik pun jadi pemerhati dengan penuh sabar untuk 2 minit pertama, hihi! Sorang-satu saya bagi rehal cuma mukadam je takda extra dua. Tu yang saya substitute dengan buku warna2 untuk izzet, tapi macam tak berkesan je teknik tu..huhu!
Adik pun tunjuk sama dengan lidi tu macam abang🙂
 “Yeahh, saya dah mula rimas, masa untuk ‘beraksi’ ni”

 “Yaaaaa, saya sudah tidak tahan lagi, saya mahu terkamm, aum-aumm!”

 Alhamdulillah, satu permulaan semoga saya terus sabar untuk mengajarnya selain daripada belajar yang lain-lain. Ohh lama dah tak buat aktiviti homeschool, ada lah sekali dua tapi tak sempat-sempat upload lagi..huhu!


3 thoughts on “Mengaji Mukadam

  1. aummmm terkam izzet hahahah geramnyaaa menengok lama tak jumpa izzet..hai nampaknya tunggu sambutan hari susu ibu nnt leh jumpa kot..PKS minggu ni tak dapat gik lagi sbb acik ada family day wajib berkumpul semua sanak saudara kaum kerabat segala.

  2. alhamdulillah..memang ini yg terbaik utk anak2 kan..diajar ttg kalam ALLAh =)

  3. Hayatie says:

    CPN: Alaa lagi..huhumummy danisha: Mudah-mudahan berterusan hendaknya, Amin!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: