Puding Roti

Hari ini saya bercadang nak cuba buat puding roti pula. Saya memang tak tahu buat puding roti nih. Jadi saya pun cari lah resepi puding roti di My Resipi. Cuma saya tambah esen vanilla dan sedikit mix fruit kedalam puding roti macam dalam blog ini. Bahan-bahannya adalah seperti berikut:
4 keping roti, disapu mentega (depan dan belakang)
450ml susu segar
3 biji telur
25g gula (lebih kurang 2 susu besar)
1 sudu besar tepung kastard
Cara-cara
1. Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang.
2. Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih). Masukkan satu sudu teh esen vanilla dan juga mix fruit tadi.
3. Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
4. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
5. Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang.
6. Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan.

4 keping roti yang siap2 disapukan mentega. 

Juri kecik tak pandang kiri-kanan dah. Saya panggil-panggil nak snap gambarnya pun tak dipedulikan, hihi!

Overall, rasa memang sedap cuma saya rasa teksturnya agak lembik sedikit ala-ala macam puding la katakan. Saya tak berapa minat sangat begitu, mungkin next time kena lebihkan roti kot. Dan terasa lebih telur pula. Mungkin perlu kurangkan sebiji next time atau lebihkan roti ke.

Update:
Oh, dah simpan sejuk baru sedap sikit ler..hihi! Tapi rasa terlebih telur, next time saya perlu kurang telur tu kepada 2 biji. Sebab selepas mengugel resepi2 puding roti yang lain, ada yang letak 2 biji telur je.

2 thoughts on “Puding Roti

  1. nur says:

    nampak sedap… resepi pun mudah jer… tq for sharing🙂

  2. erna says:

    Nampak sedap ni..harus mencuba resepi ringkas ni🙂 thanks 4 sharing

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: