Titisan Emas @KKIA Batu

Haruslah saya mereport disini kan walaupun tak dapat ambil gambar beraksi dihari kejadian, hehe. Semalam saya ke KKIA Batu, Jalan Ipoh bagi mewakili Kumpulan Sokongan WPKL & P iaitu Titisan Emas sempena Sambutan Hari Pendidikan Wanita. Saya hampir terlupa nak minta tolong cik-cik jururawat tolong ambil gambar retis aii sebab slot saya yang mula-mula pula. Biasanya slot untuk memperkenalkan kumpulan sokongan ni diakhir-akhir program..

Ok lah dapat lah sekeping gambar semasa pemberian cenderahati dari Sister KKIA Batu. Terima kasih warga KKIA Batu kerana menjemput Titisan Emas.🙂

Kalau ke program anjuan Jabatan kesihatan memang tak lepas dari mendapat ole-oleh yang berbentuk pamplet dan pelbagai lagi risalah mengenai penyusuan, pemakanan dan sebagainya.

Yang ini pula ole-oleh sewaktu mesyuarat di JKWP tempohari jangan jelezzz😛
Walaupun berkhidmat secara sukarela tanpa mengharapkan balasan wang ringgit, apa sahaja yang diberikan pasti memberikan keterujaan kepada saya, lebih-lebih lagi bila dapat cenderahati yang berbentuk informasi dan maklumat yang boleh dimanfaatkan.
Bulan ini Titisan Emas banyak dijemput untuk slot sambutan program di KKIA sekitar KL dan Putrajaya. Sebahagian lagi tugas mewakil kan TE diambil alih oleh rakan-rakan TE yang lain. Tak mampu acik nak terjah kesemuanya, huhu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: