6th V Beam laser

Hari selasa yang lalu adalah sesi rawatan laser yang ke-5 izzet. Diam tak diam sudah kali ke 5 izzet menjalani laser di HKL sejak dari usianya 3 bulan lagi. Seakan sudah menjadi sebahagian rutin pemeriksaan seperti yang lain-lain pula.  Seawal pukul 6.30 pagi harus bertolak dari rumah untuk berada  tepat pukul 8 pagi di wad KK6, Institut Pediatrik HKL. Bermula jam itu juga lah izzet sudah berpuasa tak boleh menyusu lagi sehingga lah selesai rawatan laser.

Seawal subuh sudah dikejutkan, izzet tidur semula semasa dalam perjalanan. Belum mandi lagi nih. Tengah tunggu pendaftaran, persediaan lah bagai di wad KK6.

Caakk, dah bangun! Ades kalau terjaga waktu ini memang susah lah nak tidur semula. Kelihatan budak-budak yang lain yang ‘seangkatan’ yang akan menjalani rawatan laser pada hari tersebut. Budak cina yang belakang tu mempunyai hemagioma yang sangat besar dikakinya sehingga menyukarkannya untuk berjalan, kasihan! Sudah pun menjalani laser sebanyak 16 kali.

Baru pas nangis sebab kena makan Chloral Hydrate (Ubat Tidur) tapi habis muntah balik. Sudahnya saya sorok-sorok buang semuanya. Lepas tu kena sapu EMLA Cream dulu.

Kami semua sedang menunggu Ambulan hospital untuk ke Jabatan Dermatologi pula. Jabatan Dermatologi tu berada di bangunan yang lain.
Tengah tunggu giliran nak masuk bilik tu. Izzet yang paling last sebab lambat tidur. Budak2 yang lain semua dah tidur, huhu!

Tengah mamai-mamai dan baru lepas nangis lagi. Sebab terjaga semasa prosidur laser. Doktor dahulu marking kawasan tanda lahir sebelum laser.

Dah selesai, jom kita balik wad! Selepas pemeriksaan doktor diwad, dalam tengahari kami dah boleh discharge ward. Temujanji yang ke-6 dijadualkan pada bulan Julai nanti.

6 thoughts on “6th V Beam laser

  1. ayu says:

    salam, sy nk tanya la.camne memula nk daftar utk wat laser ni kt HKL?pegi je ke or perlu appointmnt?ank saya 11 bln, ada birthmark kt seblah muka dia.mongolian spot, yg kaler hitam kebiruan tu, mcm lebam.biasa tanda lahir tu kt bontot, tp dia kena kt muka.x pernah refer mana2 dr lg…cuma pernah tanya pediatrik, ada yg ckp, mayb hilang, ada ckp, mayb x.tp sy find out, laser treatment, InsyaAllah bole hilang.menyakitkan x?kesian plk rasa nk bg ank kena laser…tp kesian jgk kt dia if tanda tu x hilang…dah la pompuan..huhuh…nnt bg info ye…thanks

    • hayatie says:

      Salam ayu,
      Kena buat appointment dulu dengan institut pediatrik HKL. Lepas doktor bahagian dermatologi assess dulu baru dia akan buat keputusan samada nak laser atau tidak. Laser tu tak sakit.. ala-ala macam kena getah je..tapi bagi baby mungkin lah terasa sedikit.

  2. ayu says:

    camne nk buat appointmnt kt institut pediatrik tu?terus pegi ke?or call je?sorri la ye..sy mmg xtau…

    • 1. Institut Paediatrik Hospital Kuala Lumpur.
      Untuk Appointment dengan Klinik Kulit (Dr.Leong)
      No. tel:03-26155555 EXT 6942, bilik 9 (JM Hidayu)

      • miz cardoza says:

        slm kak nak tanya utk dws mcm mana nk dptkan rawatan laser d hkl?sy pun ada tanda lahir kat sebelah pipi kiri

  3. wanies says:

    kalau tanda lahir separuh muka seperti lebam cam tu Dr mau buat x? Anak saya umur dah 3 tahun sblm ni saya ada bw jumpa Dr di Lah Wah Ei Penang tp Dr xnak buat lagi sbb usia anak saya terlalu muda dan. Tiap2 tahun saya bw jumpa Dr tp bila umur dah 5 tahun baru blh buat sbb kena bius. Macam mana tu ye..susah hati sgt2..tanda lahir anak saya besar di sebelah muka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: