Cop mohor!

Dua minggu yang lepas berlaku kemalangan kecil yang tidak disangka-sangka. Walau saya sudah berkali-kali beringat untuk berhati-hati semasa menggosok baju. Saya banyak ambil iktibar dari kes rakan-rakan yang anak-anak mereka terkena seterika lah bagai tetapi sudah ketentuanNya akhirnya terkena juga pada anak saya, sob-sob!
Ini lah hasilnya😦  “Fresh from Oven” Sempat lagi snap gambar, hehe!
Saya dah banyak kali menyuruhnya keluar dari bilik semasa ini tapi tak tahu bagaimana dalam sekelip dia boleh tergesel dengan seterika ini. Selalu dalam dilema, kalau nak dikunci pintu bilik biarkan dua2 mereka diluar takut nanti azri apa-apakan izzet pula. Masih fobia dengan kejadian tangan izzet yang terseliuh selepas dipulas azri, hampir seharian tangannya tidak boleh diangkat.
Terus ke klinik dan doktor beri ubat krim apa tah, sapu je lah. Azri melalak dari saat kena cop seterika tu sampai lah jumpa doktor. Tapi bila depan doktor dia tahan (takut nak nangis).

Seminggu selepas itu. Kulit dah hampir kering. Seminggu saya tak bagitahu encik suami, huhu!

Baru snap tadi. Dah kering semua. Kerak-kerak pun dah tanggal. Tinggal parut, tak lawa sudah! Nak cuba pakaikan bio oil tu kot-kot lah leh kurangkan parutnya.
Lepas ini kena menggosok waktu malam-malam je lah. Takleh la dengan dua orang hero-hero ini. Memang melasak sungguh! Anak hai anak!

5 thoughts on “Cop mohor!

  1. diLa says:

    xpe..yg penting muke menten hensem muahahhaha!!!

  2. siannye dia…malang x berbau kan….sy pun cukup risau bile iron baju…jadik tarzan kejap suruh cha cha jauh2….die suke dekat2 kite bile kite nak iron baju haissshhhh

  3. igt kan ijet yg kena..rupanya si abang yek..pasal tu la aku malas nk iron baju..huhuhutakut kena ke budak tu satu hal..malas tu dah satu hal..letih panas la kalo iron baju konpem aku berpeluh2 hahahahahah teringat iklan iron baju serupa eksesais kat gym tu.

  4. adoiyaii..ngerinya..Anak sy pun suka dtg2 sibuk time sy iron..terus tutup x jadik nk iron..takut!

  5. Yaati Nor says:

    hehehe saya pon malas gosok baju.kesimpulanya gi je hantar dobi klu mampu.settle kerja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: