‘Terjahan’ ke kedai Mesin Jahit LSN

Rentetan dari episod tidak dapat tidur malam mengenangkan promo mesin idaman pada harga RM1999, lantas saya terjah ke laman web LSN untuk meninjau kot-kot ada promosi yang sama. Tup-tup terjumpa pula promosi mesin yang sama pada pakej yang lebih meruntun jiwa, adess! Pakej promosi yang saya copy-paste adalah seperti berikut: 

The Brother NV950E Sewing & Embroidery Machine

Package Includes:
1. NV950E Machine RM3,999
2. Full Set of 60 Colour Embroidery Threads RM474
3. New ACER Aspire 4352 Laptop preloaded with Embroidery Software RM1,299
4. Advance Embroidery Software RM4,999 (Available only in LSN)
5. BONUS Item: 500 Exclusive Embroidery Designs
Total Original Costs: RM10,771

BEST EVER OFFER: 50% DISCOUNT NOW! ONLY IN LSN! You Pay Cash at only
or

Waduh no.4 tu yang buat saya tak tahan sebab saya tahu perisian untuk sulaman advance memang lebih mahal daripada mesinnya, bermakna dengan perisian tersebut kita boleh customize motif-motif sulaman dari luar seperti logo sekolah ke, motif2 kartun ke. Jika tiada software itu kita hanya boleh sulam mengikut motif sulaman yang telah ada dalam mesin itu. Tambah dapat pula laptop Acer lak tu (bila fikir buat apa saya nak laptop lagi).

Haruslah jam-jam tu saya dan rakan terjah ke kedai LSN yang berada di Bandar Damai Perdana, Alam Damai. Mujur berdekatan juga lah dengan tempat saya. Tak susah pun cari kedainya, dari Petronas BTHO terus  sahaja ikut jalan itu sehingga lepas taman Desa Baiduri, sampai jumpa traffic light simpang 3, masuk kiri terus sahaja sampai nampak deretan kedai disebelah kiri.

 Masuk-masuk sahaja dah terpampang pun mesin dan pakej promosi seperti yang lihat dalam website.

 Bestnya tengok mesin-mesin jahit yang berderet nih, grrrr!

Adik promoter yang sporting tu mendemokan jahitan sulaman, cara-cara nak tukar tapak, jahit butan dan sebagai. Panjang lebar dan tak jemu-jemu menjawab pertanyaan kami yang macam-macam ni..huhu!

Ini lah laptopnya kalau beli sekali dengan pakej 50% diskaun tu. Software yang mahal tu sudah siap di installkan dalam laptop tu. 
Sempat juga saya rekodkan demo sulam yang dibuat. Huhu, semakin teruja dan terbayang-bayang projek-projek menyulam yang bakal dibuat, hihi!
Ini lah hasilnya, cuma warnanya tak match sebab adik promoter tu terpaksa gunakan sample benang sulam yang ada sahaja. Oh yer, satu biji benang sulam size standard tu rupanya lebih kurang RM8 sebiji (brand Dolphin). Perghh!.
Waduh, saya tengah dilema samada berbaloi ke tak beli pakej yang ini atau nak beli mesin sahaja yang tengah promosi RM1999. Ok kah review untuk mesin NV950 ni, saya cuba google reviewnya takbanyak yang jumpa lah. Saya ada masa seminggu je sebelum promosi ini habis 30 April ini. Encik suami dah bagi green light tapi siap dengan pesanana ‘nanti jangan terletak je’, pikir-pikir lagi!

11 thoughts on “‘Terjahan’ ke kedai Mesin Jahit LSN

  1. ooohh ohhhh ohhhh..hurmmm hurmmm hurmmm saya tidaklah lagi tergamak nak beli hat segini bukan apa bimbang jadi tukun kuikui..saya nak beli hat yg biasa2 je utk beginner kata org tp kdg2 bila terlalu cepat pandai guna sesuatu tu mulalah rasa menyesal dan tak puas hati kenapa tak beli je yg plg canggih hihihi..cthnya cam beli kamera huhuhu

  2. Hayatie says:

    CPN:..haha itu lah sebenarnya2 ..

  3. Aida Aziana says:

    Sypon tgah fikir nk beli ke x zb takot hangat taik ayam je sb sy lgsung xtau mnjhit..tp jauh dlm hati sy naaakkkkkk…software advance tu penting ke..klu masuk corak gune usb xleh ke

  4. Aida Aziana says:

    Sypon tgah fikir nk beli ke x zb takot hangat taik ayam je sb sy lgsung xtau mnjhit..tp jauh dlm hati sy naaakkkkkk…software advance tu penting ke..klu masuk corak gune usb xleh ke

  5. Aida Aziana says:

    Sypon tgah fikir nk beli ke x zb takot hangat taik ayam je sb sy lgsung xtau mnjhit..tp jauh dlm hati sy naaakkkkkk…software advance tu penting ke..klu masuk corak gune usb xleh ke

  6. Aida Aziana says:

    Sypon tgah fikir nk beli ke x zb takot hangat taik ayam je sb sy lgsung xtau mnjhit..tp jauh dlm hati sy naaakkkkkk…software advance tu penting ke..klu masuk corak gune usb xleh ke

  7. Aida Aziana says:

    Sypon tgah fikir nk beli ke x zb takot hangat taik ayam je sb sy lgsung xtau mnjhit..tp jauh dlm hati sy naaakkkkkk…software advance tu penting ke..klu masuk corak gune usb xleh ke

  8. oren says:

    dia dh bagi green light tu, sambar ajelah..

  9. Ned says:

    Pun teringin sangat, tapi sbb takut tak terpakai nanti tangguhkan le dulu hasrat hati..Rasenya software tu boleh download je kat internet kut. tapi mungkin jugak tak ori. tapi kalau setakat untuk personal takpe kut..Tak silap saya Zilakasim pun ada jual mesin ni, dia bagi sekali ngan software ngan 500 free design. Cuba la intai-intai blog/fb dia.Nanti kalau beli buat la review pasal mesin ni ye..

  10. salwani says:

    saya berminat tp dah 28.7.2012….ada lagi k promosi. saya nak beli…saya dah ada mesin lurus dan jahit tepi.brand singer. yp brother murah sangat. ada lagi x promosinyer

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: