Projek Kuih Tiram

Petang semalam juga projek kuih tiram saya bermula (Mode tak sabar-sabar, hehe!). Resepinya biasalah terus dari blog che mat gebu dah tengok kat situ tapi agak tak berapa nak faham terus saya ke resepi original yang dia link kan itu.
Simple sahaja bahan-bahannya. Saya ambil dari blog ini:
Bahan-bahan:
Bahan A
500 gm tepung gandum
1 biji telur
2 Sudu marjerin
Sedikit garam
160ml air (atau secukupnya untuk menguli)
Bahan B
6 Sudu tepung jagung (saya guna tepung ubi)
6 sudu minyak masak

Cara membuatnya:
1. Satukan tepung, margerin, telur & garam, gaul hingga rata (ramas-ramas dihujung jari) sehingga menjadi seperti bread crumb.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli doh sehingga kita dapat doh yang licin.

2. Sediakan bahan B iaitu bancuhan tepung jagung dengan minyak. Satukan kedua-dua bahan ini dan kacau sehingga mendapat bancuhan seperti gam. (Jangan pekat sangat & jangan cair sangat).
4. Doh tadi dibahagi kepada 3 (next time saya perlu bahagi kepada 5 sebabnya kalau dibahagi bahagianya lebih besar dan bila dicanai nipis lagi lebar lapisannya. Tapi banyaklah kerja sikit tapi kalau kalau kalian punya dulang besar boleh je buat 2-3 bahagian.

5. Setiap satu doh tadi kita canai nipis-nipis (read: very the nipis) kalau tidak kita punya kuih tiram tu kurang rangup. Bila dah nipis tu of course kita akan dapat canai yang besar & lebar lebih dari kawasan dulang tu๐Ÿ™‚ kemudian jangan lupa sapukan bancuhan tepung jagung tadi keseluruh permukaan tepung tu.

6. Kemudian gulung ala-ala macam swiss roll tu dan potong kecil-kecil, lebarnya agak-agak 1 inci. Lepas tu gelek lagi yang di potong tadi tu (kedudukan menegak macam tayar tau)bukan rebah macam dalam gambar ni.

7. Dan jadilah macam kepingan-kepingan seperti dalam gambar ini. Kemudian goreng dengan api perlahan sehingga kekuningan. Biarkan sehingga sejuk barulah digaulkan dengan gula halus.

Tadaaaaaa.. Ranguppp dan menyelerakan! Percubaan pertama membuat kuih ini berjaya!. Kuih ini bahan-bahannya mudah cuma penyediaan tu agak leceh sedikit. Tapi nak makan banyak punya pasal, ku gigihkan juga jebat! kih kih!

Selamat mencuba!๐Ÿ™‚


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: