Aktiviti Sekolah Dirumah: Belajar Nombor (Five Fish on a Fish Bowl Craft)

Sesi pembelajaran nombor yang seterusnya pula kali ini adalah belajar menulis nombor 1-5, mengenal nombor, mewarnakan nombor, menggunting dan akhir sekali menghiaskannya kedalam gambar balang ikan tu.

Saya gunakan printable worksheet dari Homeschool resources sahaja. Sebab printer takda dakwat color jadi lah black and white sahaja.🙂 Sumber dari sini.

Mula-mula azri tulis dahulu nombor-nombor itu mengikut dot-dot yang tersedia. Sengaja saya berinya marker pen supaya nampak sedikit dakwatnya berbanding pensel, hehe!

Tak puas menulis sekali, siap nak repeat juga dekat kertas yang kedua, huhu!

Sesudah itu, proses mewarnakan ikan mengikut warna pilihannya.

Dah siap diwarnakan, tiba masa untuk menggunting ikan-ikan tersebut. Gunting empat segi sahaja, azri masih belum boleh nak gunting betul-betul ikut bentuk ikan tu. Ada juga yang saya tolong kemas-kemaskan lagi guntinganya.🙂

Kemudian kita tampal semua ikan-ikan tadi kedalam gambar balang besar tu.

Dah siap ditampal. Ada 5 ekor ikan kesemuanya, bravo azri!🙂

Azri enjoy buat aktiviti ini. Sambil-sambil buat dia membebel kata ‘nanti dah siap, cikgu nak tengoklah, nanti cikgu kata ahmad azri pandai belajar, rajin!’ Bila saya suruh dia buat set yang lagi satu dia jawab ‘dah malas lah ibu!’ …heheh!

**Cikgu imaginasinya, pengaruh watak cikgu dalam siri Upin & Ipin.. hehe!

2 thoughts on “Aktiviti Sekolah Dirumah: Belajar Nombor (Five Fish on a Fish Bowl Craft)

  1. Ely Hasrul says:

    jap lagik dia panggil ko cikgu haha..kenkadang sami tersasul panggil aku teacher haha

  2. Hayatie says:

    Ely: haha Setakat ini belum lagi nampaknya,huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: