Galaxy Tab & Note

Semasa bercuti-cuti di Port Dickson tempohari, encik suami ada bertanya sama ada saya hendak Galaxy Notes atau tidak. Saya terus tersipu-sipu bukan apa, saya ni agak cuai menjaga harta benda sedikit bukan sengaja, saya cuba untuk cermat tapi ada saje insiden2 yang terjadi. Ditambah-tambah lagi dengan anak-anak yang hyper-aktif ni, huhu!

Sejak kes saya terendam handphone didalam baldi bersama-sama cadar tempohari saya turun pangkat semula guna telefon Nokia lama yang dah pun uzur, siap kena selotape kat battery case belakangnya, huhu! Al-kisah terendam sekali dengan cadar tu sebab kalut dengan anak-anak yang tak berapa sihat, azri pula batuk-batuk. Silap ski muntah.

Seminggu selepas itu encik suami pun belikan juga. Inilah hadiah pemberian dari encik suami. Ibu dapat anak pun dapat! Terima kasih encik francesco toman, i lap u alwaysss muah2! (Ala-ala lagu whitney Houston tu, hehe!)

Antara features yang menarik adalah penggunaan S pen (Smart Pen). Selain dari alternatif pilihan untuk menaip dikeypad secara sentuh boleh juga menggunakan S pen. Best juga, tapi masih kekok kerana perlu menulis ‘seketul-seketul’ tulisan tidak boleh bersambung kerana ia sukar untuk mengesan huruf yang ada sedang tulis. Dah lah tulisan jenis cakar ayam, hihi!

Sedang cuba meng-compose entri di dalam sebuah software Blogger-droid yang baru saya download. Fungsi-fungsi yang lain masih belum disempat diterokai lagi, hehe!

Pesan encik suami, kena jaga baik-baik (yang hat untuk azri sekali) kalau kemudahan ini akan ditarik balik semula, hoho!

One thought on “Galaxy Tab & Note

  1. Ibu Lala says:

    so sekarang mcm mana, dah terror ke dgn gajet baru tu. ai pun masih terkial kial lagik nak guna function tab ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: