Kek Kukus Buah-buahan

Sejak dari percubaan pertama membuat kek kukus buah-buahan yang perlu dikukus selama 4 jam saya memang bercita-cita (chewah!) untuk membuatnya lagi. Tapi kali ini saya buat dua adunan terus yakni dua biji kek lah. Sebab rasa tak berbaloi mengukus selama 4 jam tapi sebiji sahaja.

Kali ini konon nak hias dengan ceri sedikit..

Kukus baru beli (tidak termasuk batu lesung, hehe!)

Sempat saya beli pengukus baru tadi. Pergi ke pekan kajang, ada satu pengukus besar yang sama 30cm dua tingkat cuma capnya lain iaitu cap buaya harga sampai RM140. Hamboii buaya sungguh! Alasan tokeh tu kata cap buaya ni tahan lama besinya, maksudnya tak cepat kemek ke bagailah. Cancel saya nak beli kat situ terus saya ke kedai jual bahan-bahan bakeri Bestmark di Saujana Impian, sebab dulu pernah tengok harganya RM79.90 tapi cap helang. Ala helang pun helang lah, janji murah!

Beria bagai menghias, alih2 cerinya tenggelam lah pulak, adess!..

Kek kukus buah ini memang berat, 3kg. Berat buah2nya la tu.

Siap untuk dibawa ke meeting KSPSI esok!

Tapi rasanya memang sedap, resepi kek buah yang paling sedap pernah saya makan. Dulu saya suka kek buah Silver bird, itu lah paling sedap saya rasa. Sekarang heran pun tak sebab buat sendiri lagi best dan syiok. Rasa gula hangus tu yang buat kek buah ni wangi dan sedap.šŸ™‚




5 thoughts on “Kek Kukus Buah-buahan

  1. saya suka kek buah kukus, sedap…meh la share resepi dgn saya,

  2. Ely Hasrul says:

    hamboii ko nih mengiwi2 aku pulak.. aku nk pg spital ari nih.. doa2kan yeee

  3. shireen says:

    nak tanya, u kukus dua lapis ke? ok tak? i igt nak kukus dua skali bak kata u, rugi masa!

    • Shireen,

      Ahah..kukus 2 lapis sekali..tapi i tukar-tukar dalam tempoh tu..yang atas gi bawah, yang bawah gi atas ..sebab takut yang atas tu masak tak rata pula..huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: