EP VS EDF

Eh, apa tu EDF? Suka-suka pula saya buat terma untuk ‘Exclusive Direct Feeding’ (EDF) yang menggambarkan penyusuan secara terus di payudara ibu tanpa melibatkan medium yang lain. Mungkin ada yang tahu suatu ketika dahulu saya sinonim dengan istilah ‘Pengepam Tegar’, ‘Exclusive Pumping (EP)’ sewaktu azri dahulu.

Masih teringat saya yang ‘sarat-barat’ dengan segala bagai gajet mengepam beg pam lah, cooler beg lah, botol-botol, termos & mug bagai. Bila dikenang kembali saat itu terasa kagum pula pada diri bagaimanalah saya boleh melalui saat-saat itu, huhu!.
Kini selama hampir 10 bulan saya menyusu izzet secara terus. Perasaannya amat jauh berbeza sewaktu harus memerah 24 jam dahulu. Yang paling ketara adalah perasaan LETIH. Sewaktu EP tidak dinafikan saya amat letih dengan rutin pemerahan yang ketat 24 jam. Sudahlah harus memerah 2 jam sekali, perlu membasuh, mensteril peralatan pam dan botol-botol. Itu belum campur tugas untuk menyediakan EBM untuk Azri.

Nak pergi jalan-jalan pun hati kurang tenang kerana asyik memikirkan waktu dan tempat untuk memerah. Setiap kali nak keluar, banyak beg dan barang-barang lain yang perlu disiapkan. Yang paling penting adalah beg pam dan cooler beg untuk EBM.

Nak kira untuk mengatasi segala perasaan ketika itu adalah dengan kepuasan dapat juga memberi susu sendiri kepada anak dan masih tidak perlu keluar duit untuk memberi susu tepung.



Disamping terikat dengan rutin memerah tegar 24 jam ketika itu saya juga membantu ibu-ibu memulakan penyusuan dengan sehabis confident dengan hanya berbekalkan segala teori yang dipelajari.
Dan pada ketika itu saya masih menganggap saya tetap kekurangan ‘sesuatu’ didalam semua tunjuk ajar yang diberi. Iaitu perasaan untuk menyusukan bayi sebetul-betulnya. Saya sering berasa sedikit kurang apabila bersama-sama teman-teman seperjuangan didalam pelbagai aktiviti-aktiviti penyusuan susu ibu.


Kehadiran izzet betul-betul merealisasi segala teori yang telah saya pelajari dengan lancar dan jayanya, alhamdulillah!. Perasaan dapat menyusukannya 24 jam tanpa perlu bangkit untuk memerah diwaktu mata tidak mampu dibuka, betul-betul melegakan dan memudahkan kehidupan saya sekarang ini. Saya punyai banyak masa untuk kerja-kerja lain, tiada lagi masalah yang sering keletihan dan moody seperti dulu.
Walaupun izzet tidak pandai menyusu daripada botol dan hal ini memang sudah saya jangkakan. Jika saya perlu keluar untuk hal-hal penting seperti kursus dan sebagai nya, dia hanya minum susu perahan melalui syringe sahaja. 2oz sahaja maksimum yang dimahu jika minum melalui syringe lepas tu dia tak mahu dah.

Jadi dari pagi hingga petang dia hanya minum 6oz sahaja tu pun kadang-kadang tak habis. Jadilah untuk mengalas perut, tidak perlu risau pun. Bayi akan menyusu lebih banyak pada sebelah malamnya untuk ‘menqadha’ sesi penyusuan yang telah ditinggal sewaktu siang hari. Itu yang dinamakan ‘Reverse Cycle’.


If mom is away from baby during the day, baby may take just enough milk (by bottle or cup) to “take the edge off” his hunger, then wait for mom to return to get the bulk of his calories. Baby will typically nurse more often and/or longer than usual once mom returns. … Reverse cycling is common for breastfed babies who are away from mom part of the day, especially those just starting out with the bottle.

Sumber: Kellymom.com
Berbeza betul dengan azri dahulu, setiap kali feeding 3.5oz jumlahnya. Itu bezanya jika bayi menyusu dari botol dan yang menyusu terus dari payudara. Keterbiasaan aliran dari botol susu itu yang membuatnya terbiasa dan mahukan seperti itu.
Kepuasan dapat menyusukan izzet sepenuhnya tidak dapat digambarkan. Pam & botol sudah lama ditinggalkan. Masa berkualiti lebih bermakna dan terasa nikmatnya berbanding dahulu. Alhamdulillah!🙂

4 thoughts on “EP VS EDF

  1. CatlinaFly says:

    oh…sy rs my baby tgh reverse cycle ni..ms umur sebulan(lepas ajar botol) dia minum ebm 5 oz per feeding waktu siang..dlm 3x..skrg masuk umur 2 bln dah lain…siang minum 2oz pun x abis…mlm ngempeng n byk menyusu…sy train after 5 pm baru bg direct(pg start 9am dah minum guna botol)…skrg dia mcm menunggu2 kul 5 petang utk df…goyah gak perasaan ni…tgh cuti bersalin lg(cuti 3 bln)..ade gak terbabas bg df sekali sekala time siang sbb kesian..huhu

  2. akma says:

    sangat kagum dgn kak yatie masa jadi EP dulu. awesome!😉

  3. izzah azfar says:

    kak yatie :)indahkan?me too..letih tu dh kurang sikit..irdinapun kat umah pengasuh hy habis 10-15 oz shj..tp kt umah..tu dia pulun sampai esok pagi..hehe

  4. Sue says:

    thx for the quote from kellymom tu.. tak rajin nk usha web kellymom. tp quote tu buatkan sy lebih bersemangat. anak lagi 2minggu ni cukup umur setahun. tp rite now stock ebm dah kehabisan. so kena train reverse cycling pulak la nmpknye…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: