Sepanjang Kursus KSPSI WPKL&P


Dah lama berlalu tapi baru ini berkesempatan untuk menepek gambar-gambar sepanjang kursus KSPSI WPKL&P yang saya hadiri sabtu & ahad lepas. Saya dan rakan-rakan yang tinggal berdekatan kajang & cheras untu car pool beramai-ramai. Seawal pukul 7am pagi dah kena bergerak.

Eh, ni peserta dari mana nih? hiihi!

Permandangan meja kosong sebab tuannya dah ‘berkelah’ ditepi bawah meja. Kalau bawak anak kecil mana boleh duduk lama-lama kat meja kan, huhu.

Salah satu sesi demonstrasi pengunaan alat SNS (supplemental nursing system) oleh salah seorang penceramah, sister Zuraidah dari Hospital Selayang.

Amboi seriesnya hakak hujung tu yer, ambik feel cara pegang baby kembar mudah-mudahan lah suatu hari nanti kan, hihi! (Eh, mak saya kembar tak seiras tau!)

Demo latihan posisi penyusuan pula. Kredit gambar kepada Cik Puan Nurul.

Bila semua dah semakin mengantuk, berehat sebentar dengan buat senaman chicken dance.
Selain berkursus banyak aktiviti-aktiviti ‘kekeluargaan’ yang harus dilakukan, bawa anak la katakan, huhu.

Apa lagi aktivitinya kalau tak menyusu, tidur, menyusu, tidur. Bila time ni kena duduk dibawa tepi meja baru rasa selesa sedikit. Nasib urusetia ada menyediakan tikar dibawah.

Menyusu..

tidur…

Menyusu lagi….

Tidur.. Ada masa-masa je boleh gini. Selalu memang dipangku sebab kalau tidur gini alamat tak lama sebab izzet cepat distract. Macam-macam stail..


Ooops, makan pulak. Sambil dengar ceramah nih!

Tidur lagi..

Dah boring semua posisi, kena pula berdiri sambil backcarry dalam SSC.


Alhamdulillah selesai juga menjalani bersama izzet tanpa banyak ragam. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaat bersama-sama ibu diluar sana.





Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: