Jalan-jalan ke Zoo Negara

Rabu hari tu kami sekeluarga membuat ‘lawatan sambil belajar’ ke Zoo Negara. Saya rasa ini lah kali pertama saya menjejakkan kaki semula ke zoo negara setelah berbelas-belas tahun lamanya. Kali terakhir opkos lah sewaktu saya masih kanak-kanak.

Kali terakhir saya pergi sewaktu zaman ini dan juga ada sekali sewaktu mengikuti rombongan sekolah rendah tak ingat dah waktu darjah berapa. Eh ada ke?:P

Besarnya anak bujang ku itu, macam dah darjah 1 tokohnya. Dah paras pinggang abahnya tapi hakikatnya baru mencecah 3 tahun 3 bulan.

Masuk-masuk je entrance ke zoo negara terus tengok zirafah dan kumpulan gajah yang jinak ini. Sekali tengok gajah-gajah ini macam keboringan pun ada, haha! Pasal dah tak tahu nak buat apa dah sehari-sehari so agaknya dalam hati ‘jom lah kita main-main dengan manusia ni pula’, heheh!
Azri tengok orang-orang lain sibuk hulur daun-daun nak bagi gajah makan, dia pun sibuk nak buat juga. Saya cuak la jugak kan. Mana lah tahu direnggutnya tangan azri dengan belalai tu kan. Jinak2 lah juga kalau tiba-tiba pula time kita mood dia swing ke apa, huhu!

Izzet dah letih sebab kami jalan kaki dulu satu zoo pastu last sekali baru nak tram. Tengah beratur tunggu giliran nak naik tram pusing-pusing satu zoo. Nasib baik orang tak ramai, sebab dia tulis waktu menunggu tram mungkin lebih dari 30minit jika orang ramai.

Meh layan gambar-gambar yang sempat disnap..

Hippopotamus
Lembu Ankoli
Malayan tiger.

Fuh, tak larat den nak snap semua binatang dalam zoo ni. Tu pun tempat monyet & orang hutan tak sempat nak tengok, tak larat dah. Eh buaya pun saya tak terjumpa, huhu! Tak semua jalan-jalan dalam tu kami explore. Takpa 2nd time around lah.🙂











2 thoughts on “Jalan-jalan ke Zoo Negara

  1. Ely Hasrul says:

    aku tiap kali g zoo mmg pusing abis.. larat azri jalan eh? xbwk stroller.. paling penting larat ko carry izzet ek hahahha.. aritu aku baca parking nye dh per hour betoi ka? hishh mahal lah gitu

  2. Nong Andy says:

    Azrie mcm korang berdua🙂 saiz omputih hehehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: