Posisi tidur-Macam-macam ada!

Siang tadi saya tengok kawan-kawan sibuk duk share-share gambar ni. Comel je. Masa azri sorang dulu dah merasa lah juga semua posisi ini kecuali gambar ke-3 (atas) dan yang ke-5 (bawah)..😀 Cuma, apa kes gambar yang no.1 tu, mak syiok tidur ayahnya berdiri kat tepi pula, jaga anak takut jatuh kesebelah tu kot, huhu!
Bila dah ada izzet, takleh lagi tidur lurus macam dalam gambar yang terakhir tu. Kena lah tidur memanjang begini. Abahnya tidur paling hujung sekali. Saya dan izzet pula ditengah dan saya perlu beralih-alih ke sebelah azri dan abahnya sebab nak menyusukan izzet diwaktu malam.
Kami tak pernah lagi tidur bawah sebab malas nak bukak katil ni (dan malas juga nak bentang toto/tilam/selimut tidur kat ruang tamu ke). Kalau ada yang ke-3 sok, terpaksa beli katil single sambung dengan katil kami pula. Tapi azri pun kadang-kadang tidur dengan nenek dia. Yang tak best tidur begini, kaki kami mesti terjuntai, huhu!

2 thoughts on “Posisi tidur-Macam-macam ada!

  1. Ely Hasrul says:

    ahhaha comel okeh gambo baby kt tengah2 patu cm buat lompat bintang hahahahha

  2. keh3 lawak sgt gambo tu..yg first tu aku selalu alami gitu bukan berdiri nk jaga ke apa tp xtau nak menyelit kat mana kdg2 aku tido kat sofa luar(kesian sgt)gambo no 5 tu melampo sgt si kenit sian mak ayah wakakakakakaaaku pun xsuka tido atas toto sakit badan2 weh tp kalo blk kg terpaksa la kan nak2 org ramai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: