Ruang Menjahit

Akhirnya, siap juga proses men-set up ruang menjahit saya didalam bilik. Yang ini baru 80% siap pasal ada wall shelves yang nak kena lekatkan didinding untuk taruk buku-buku jahitan saya. Yang tu kena tunggu encik suami balik lah untuk kerja-kerja drill meng-drill ni.

Sebelum saya beli meja banquet itu, saya menjahit diatas side table itu sahaja. Dan stailnya, setiap kali nak menjahit, angkut mesin bawa keluar. Bila nak guna serger pun, saya terpaksa angkut dan tukar mesin atas side table tu leceh sungguh. Semua barang jahitan juga saya simpan dalam toolbox sahaja dan masuk bawah katil. Kain pun letak dalam plastik.
Ruang menjahit tu didalam bilik tidur saya juga. Memang saya nak ianya dalam bilik sekali sebab senang kalau saya nak menjahit diwaktu malam semasa anak-anak tengah tidur.

Kain yang bersusun-susun dalam kabinet tu adalah kain-kain yang tidak berjahit. Ingat tak bungkusan-bungkusan plastik kat tepi dinding bilik itu telah saya keluarkan dan susun dalam kabinet ini. Tujuannya, bila ianya dikeluarkan saya tahu stok kain apa yang ada dan tidak lah saya asyik beli, beli dan beli lagi kain (dan kadangkala sama pula, huhu!)
Puas hati tak terkata sungguh kali ini bila tengok meja dan peralatan menjahit saya disuatu tempat khas. Semangat menjahit terus membuak-buak sampai tak tahu projek jahitan apa yang saya nak mulakan dulu, hihi!

2 thoughts on “Ruang Menjahit

  1. Mila@Rimbun says:

    bestkan dah ada bilik jahit sendiri n sendiri yg susun ikut sedap mata memandang.. tahniah.

  2. Hayatie says:

    Mila: Terima kasih.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: