3rd Laser procedure-HKL

Seawal subuh saya telah bersiap-siap untuk ke HKL bagi rawatan susulan Laser kali ke-3. Pejam celik dah 3x dah izzet menjalani prosidur laser. Masuk kali ke-3 ini izzet sudah semakin biasa. Kurang menangis berbanding pada awal-awal prosidur dulu. Mungkin sebab tidak biasa berpuasa dari subuh sehingga lebih kurang pukul 9.30 baru dapat menyusu. Perut berkeroncong, hihi!

Sampai-sampai di wad KK6 pukul 8.30am, seperti biasa proses menyapu krim EMLA untuk meng-kebaskan kawasan kulit yang hendak dilaser nanti. Waktu ini belum bagi ubat tidur lagi. Tu yang ‘happy-happy’ lagi walaupun tengah berpuasa mulai dari pukul 6.30am lagi. Seperti yang lepas-lepas, waktu2 gini dah merengek2 serba tak kena je, huhu! Part nak bagi ubat tidur tu yang seksa sikit. Nurse dah standby 2 syringe yang berisi 10ml ubat setiap satu, fuh!

Yang lepas izzet muntah selepas habis minum kedua2 syringe itu (secara paksa-rela, huh!). Kali ini saya tak habiskan pun kedua2 syringe, saya hanya bagi separuh sahaja (5ml) setiap syringe, aci tak? Belasah, saya khuatir dari nak menghabis yang sedikit tu terus dia muntah, tak kah sia-sia. Silap-silap kena bagi lagi semula.


Bila tengok gambar nih, geram sungguh rasa nak gigit-gigit je pipi dia. Kasihan izzet, kecil-kecil dah terpaksa melalui semua ini. Takpalah, ibu taknak izzet rasa rendah diri dan menjadi bahan ejekan kawan-kawan lain nanti. Saing dengan izzet untuk laser hari ini ada seorang budak cina yang berumur 5 tahun yang mempunya tanda lahir dibahagian mulutnya, baru pertama kali buat laser. Menurut ibunya, ditadika kawan-kawannya sering mengusik tanda lahir anaknya itu.

Dari Wad Pediatrik, Institut Pediatrik kami perlu menaiki shuttle atau ambulan hospital ke Jabatan Dermatologi, HKL.

Salah satu bilik laser di Jabatan Dermatologi disitu. Curi-curi je ambil gambar nih segan sebab specialist mereka ada disitu, huhu! Itu lah mesin laser V-Beam. Kali ini izzet terjaga semasa baru mula nak melaser jadi Izzet terpaksa lah dibedung dan dipegang kepalanya supaya tak bergerak-gerak. Proses laser diiringi dengan tangisan sebab meronta nak dilepaskan, huhu! Nasib baik sekejap sahaja.

On the way pulang ke wad, izzet tidur semula, hmmmm! Setiap kali laser kami perlu register untuk admit wad sekali, just in case. Tapi tak pernah lagi admitted, dalam tengahari dah boleh balik dah! Laser yang ke-4 dijadualkan pada bulan 21 febuari tahun depan.

10 thoughts on “3rd Laser procedure-HKL

  1. alolo si bambam ni..sian dia.tgk kan sian budak cina tu..sebenarnya itulah yg menjadi kegusaran pd ibubapa..kita blh menerimanya tp tidak masyarakat so patutnya ibubapa lain pun kena mengajar anak2 supaya menghormati rakan sebaya,jgn ejek2 org..sbb mende ni mempengaruhi emosi anak tu sendiri..dan gejala ini juga dipanggil buli.aku kan jd sgt marah kalo tgk bebudak ni masih kecil dah pandai ejek2 kenkawan,ia antara perkara yg menakutkan bg aku n takmo terjadi pd anak2 ku kelak.

  2. akma says:

    debobnye. kene berapa kali laser semua kak? at last nanti tanda lahir tu boleh hilang 100% ke?

  3. Imaan09 says:

    kesiannya.. laser tu mnyakitkan ke..? dulu sepupu lahir ada tanda tu atas kepala.. siap tpt y ada tanda tu xtumbuh rambut sgt..tp lama2 hilang lak tanda tu..

  4. Hayatie says:

    CPN: Kadang2 memang fitrah bebudak begitu kot, takleh nak hindar. Mak pak pula tak berapa nak strict tentang hormat menghormati nih, makin menjadi lah. huhu

  5. Hayatie says:

    Akma: Tak pasti lah boleh hilang 100% kalau dapat berkurang sikit pun dah alhamdulillah. :)Imaan: Ada sesetengah tanda lahir memang hilang, ada sesetengah memang tidak hilang, yang izzet ni doktor kata permanent. Dari lahir sampai ke hari ini memang tengok kawasan tanda lahir tu masih ditempat yang sama je takda tanda2 nak menghilang sendiri pun, huhu!

  6. Ely Hasrul says:

    hoiii tembamnye pipi diaaaa.. hahahhaa kena bape kali Tha nk buat laser nih?

  7. Fid says:

    izzetanda mmg sedap utk digigit..komen tiada kaitan dgn 'majlis'

  8. eT says:

    izzet…sabar yer…ibu pon kene tabah…kasihan anak kecil kan…

  9. Hayatie says:

    eLY: Sampai clear. Mungkin lebih dari 10x.

  10. Hayatie says:

    Fid: Silakan,heheeT: Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian,insyallh!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: