Kek Carrot


Tergerak nak buat carrot cake bila tengok dalam peti ais banyak betul carrot yang mak saya beli kat pasar. Ini kes main beli ingat dah habis kat dalam peti ais, bila keruk-keruk ada lagi rupanya.
Kebetulan bahan-bahan asas kek yang lain dah ada, tinggal nak memarut carrot je.

Saya tak pernah buat kek ini, pertama kali nak mencubanya jadi saya pun mengugel lah resepi-resepi yang ada di internet. Pening gak kepala nak ikut yang mana, pilih punya pilih saya amik kat sini, sebab nampak dia guna sukatan cawan-cawan je berbanding yang lain nak bertimbang, malas nak guna timbang.

Bahan-bahan:

2 1/2 cwn tepung naik sendiri
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
Secubit garam halus
1 cawan gula perang halus
1/2 cawan gula kastor
4 biji telur
1 cwn minyak jagung
100gm mentega, dicairkan
2 cawan lobak merah, diparut
30gm hazelnut/kekacang yang lain <——-Saya letak mix fruits

Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. Masukkan ke dalam mangkuk pengadun. Masukkan kesemua bahan lain.

CREAM CHEESE TOPPING:
250gm cream cheese<—–Saya letak 180g sebab dah sampai rumah baru perasan, huhu
4 sudu besar butter
1/3 cwn gula icing<——Saya takda gula icing, belasah guna gula halus je
1 sudu kecil jus lemon<—–Saya guna limau kasturi je, perah satu sudu teh, aci tak?

Untuk topping cream cheese saya failed! Selepas dipukul dengan gula, mentega dan peraturan yang lain saya biarkan kat luar sementara nak tunggu kek masak dan sejuk. Lebih kurang 20 minit saya nak sapu, dia jadi macam berair dan cair. Rasanya dah ok cuma teksturnya jadi cair. Kenapa ek? Ke sebab saya tak ikut sukatan yang di tetapkan? Sudahnya saya buang semuanya, huhu!

Tuang adunan kedalam loyang. Bakar pada suhu 180C selama 45min ke 1 jam ikut oven masing-masing. (Saya bakar 30 minit jer ikut oven saya).

Hasilnya cubaan pertama ini:
Kek saya merekah di bahagian atas. Sebab terlebih tepung kah? rasa 2 cawan pun cukup kot.
Tapi dalamnya masa je sekata dan rasanya pun ok.
Topping cheese cream saya tak jadi. Hadoiiiiii! Saya nak buat macam dalam gambar ini:

Gambar dari Google images.

2 thoughts on “Kek Carrot

  1. hurm..aku kalo wat yg topping gini xpenah campur ngn butter biasa buat cream cheese/mascarpone campur gula n whipping cream.simpan dlm peti sejuk nk guna esok pun boleh huhu.berair tu sbb ko buat dulu kan..pastu terdedah pd suhu bilik so kena simpan dlm peti ais dulu la ade petua kata leh campurkan dgn sedikit tepung atau tambahkan gula utk kentalkannya tp aku xpenah buat pun camtu.sbb biasa lps siap frosting terus je guna takpun simpan dlm peti ais dulu utk bbrp ketika..kalo over beat pun bleh jd cair n memecah.kek merekah ditengah/permukaan biasanya sbb oven terlampau panas,kekurangan cecair,tin/loyang terlalu kecil ataupun xletak elok kt tengah2 dlm oven.

  2. Hayatie says:

    CPN: Ohh over beat pun takleh kah? hoho patutlah, aku rasa aku pukul lama gila, huhuh. Cream cheese tu wajib campur dgn whipping cream kah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: