Dilema


Kelmarin sampai-sampai sahaja dirumah setelah habis kursus saya telah terpandang envelope beralamat sendiri yang saya tulis. Saya dah boleh agak surat apa tu. Alhamdulillah rupanya permohonan saya untuk ke program profesional diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK) telah berjaya.

Sebenarnya saya dalam beberapa bulan ini saya kembali berfikir tentang tahap akademik yang saya inginkan dalam kehidupan. Memandangkan saya tidak punya apa-apa yang perlu lebih untuk diutamakan atau difokus seperti kerjaya dan bisnes, jadi saya fikir sudah tiba masanya saya menambah lagi pencapaian akademik saya.
Niat untuk menyambung ke peringkat Master pasti terdetik kepada semua yang telah mempunyai ijazah, tapi saya dah tidak berminat lagi untuk menyambung jika mengikut bidang yang saya ikuti semasa ijazah dulu. Saya perlukan sesuatu bidang yang relevan dengan dengan status kehidupan saya sekarang.
Saya memang merancang untuk menyambung hingga ke peringkat tertinggi dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak kalau boleh hingga ke peringkat Master dan juga PhD. Jadi saya merancang untuk mengambil program DPAK ini iaitu selama 3 semester iaitu bersamaan dengan 13 bulan. Kemudian berehat dan cuba untuk mencari pengalaman sebagai Pre-school Teacher (mungkin secara part-time) lebih kurang dalam setahun kemudian memohon untuk menyambung ke peringkat Master di UM lagi. Lebih kurang 2 tahun lagi sebelum saya ke peringkat yang seterusnya. Fuh-fuh, tak pastilah perancangan saya ini dapat direalisasikan atau tidak tapi semangat dan mencanak-canak nih!


Takpa, kita hanya merancang, tuhan juga yang menentukan. Walauapapun rancangan saya masih lagi menunggu lampu hijau dan restu daripada encik suami yang belum memberi kata putus lagi. Apa juga keputusan saya akur kerana restu dan keredhaan dari orang yang tersayang itu lebih penting barulah pekerjaan itu menjadi lebih mudah dan diberkati, insyallah!


6 thoughts on “Dilema

  1. wahhhhh…pasnih anto anak aku kt ko jela nnt leh ngajor kan..nnt nk bina taska ke?tetiba org blm lg pi sambung belajar aku dah tanya dulu huhuhu

  2. Imaan09 says:

    g laa sis.. xramai orang suka n minat bidang ni..

  3. salam kenal hayati..tahniah..satu usaha yang murni. Pendidikan sentiasa kita perlukan samada secara formal @tak formal. semoga niat utk mendalami ilmu jadi kenyataan. Insyaallah!!!

  4. Ely Hasrul says:

    mak mentua aku buat amster nih lah. dia ade suh aku buat, aku xpasti ape maksud dia. aku ade hati nk buat double degree tp lebih interested ke bahasa. maybe germen eh tetiba hahahhaa

  5. Hayatie says:

    CPN: Buat masa nih idok ler sampai tahap nak bina taska, huhu! Sekadar nak menambah ilmu jew, huhuImaan & Fiza: Thankss :)Senandunghatiku: Salam perkenalan juga. Setuju tu! Thanks yer :)Ely: Eh, makcik kau yer? nanti leh lah aku tanya tips2 skit kat dia ek. hihi! Aku tak daya nak amik double degree lagi weh..adehh! Tapi ada gak terfikir..klu nak tak mustahilkan.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: