Kursus PKK & Aktiviti memerah

Hari selasa & Rabu tuhari saya ‘terpaksa’ (siap quote tu perkataan, nanti saya ceritakan apa kaitannya hihi) pergi berkursus selama dua hari di Kompleks Taman Seni Islam Shah Alam, Kursus Jambatan, Jeti & Struktur Laut anjuran Pusat Khidmat Kontraktor Selangor (PKK) di bawah Kementerian Kerja Raya.

Kali terakhir saya ke kursus PKK semasa tengah mengandungkan azri, kursus lanskap selama 3 hari di Ampang, anjuran PKK Wilayah. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapakah saya ke kursus yang tidak kena-mengena dengan bidang yang saya minati dan lagi satu saya pula hanya surirumah sepenuh masa.
Secara ringkas, saya adalah salah seorang penama dalam syarikat kontraktor yang diusahakan oleh encik suami. Kira-kira macam rakan kongsi tidur lah ni. Jadi sebarang hal-ehwal yang melibat syarikat yang ada nama saya iaitu yang berkehendakan pemilik untuk turun dalam hal2 seperti temuduga etc termasuklah proses menambah bidang-bidang tertentu semasa pendaftaran dengan PKK supaya syarikat boleh menyertai sebarang tender, kontrak atau sebutharga yang berkaitan seperti contoh bidang jambatan & jeti ini.
Jadi, untuk menambahkan bidang-bidang tersebut, pemilik syarikat perlulah menjalani kursus yang diadakan untuk memperoleh sijil. Saya pun bukannya faham selok belok kontraktor ini. Tapi sekurang-kurangnya saya tahu juga jenis-jenis jambatan yang ada di negara kita ni dari kerja-kerja pembinaan jambatan tersebut sehinggalah ke kerja-kerja penyelenggaraanya. Oh, bukan kursus semata je, ada exam juga selepas tamat, jika tak lulus, bidang tersebut tidak boleh ditambahkan. Kira ilmu pengetahuan juga kan.
Ok, bertukar kepada cerita penyediaan susu perahan pula. Selama 7bulan ini saya memang dah selesa sungguh dengan penyusuan secara terus sahaja 24 jam. Tiada keperluan pun untuk saya melatihnya botol dan buat stok susu perahan. Saya teringat kembali sewaktu saya exam IBCLC terpaksa juga saya bawa izzet, masa tu dia baru masuk 3 bulan. Memang agak haru-biru juga lah.

Saya memang sudah menjangkakan yang izzet tentu tidak akan menerima puting tiruan dan tidaklah panik sangat pun. Cuma memikirkan juga lah apakah kaedah pemberian yang mungkin memudahkan ibu saya untuk memberikan susu perahan. Beberapa hari sebelum kursus saya bermula, sesi latihan telah pun dijalankan dan ibu saya memilih untuk mengunakan syringe, katanya lebih mudah.

Susu perahan dibekalkan untuk sepanjang hari cuma 2 oz sahaja setiap bekas, jumlah keseluruhan lebih kurang 6-7 oz sahaja untuk sepanjang hari tersebut hihi! Itu pun izzet hanya minum lebih kurang 5 oz sahaja. Susah sedikit nak mengumpul stok kalau izzet memang 24 jam menyusu je, huhu! Dapat lah 1-2oz setiap sesi yang dikumpul2 untuk dijadikan 6 oz bekalan sepanjang hari.

Cerita sesi perahan sepanjang kursus pula. Tak tahu lah kenapa kali ini saya dah tak kuasa nak bergelumang dengan gajet-gajet pam yang ‘lorat-lorat’ lagi. Maksudnya, malas nak basuh parts banyak-banyak, hihi! Saya hanya guna Avent Manual saya yang masih saya simpan sejak dibeli dari tahun 2008 lagi. Masa buat stok sebelum kursus tu pun saya hanya perah tangan sahaja.

Tersorok-sorok gak saya memerah, cover dengan shawl sahaja, takdalah obvious sangat, hihi!

Semasa kursus, mujur juga saya bawa manual kalau tidak pasti bising juga dengan bunyi motor FS. Dah lah surau di Kompleks Taman Seni Islam itu bercampur sekali dengan kaum lelaki, bahagian perempuan hanya dipisahkan dengan skrin buluh sahaja. Surau tu besar dan di setiap sudut ada sesi mengaji Al-quran dari kanak-kanak hinggalah orang dewasa. Haa, cuba tengok skrin yang terselit dalam gambar tu, memang tak ‘sound proof’ langsung kan, hihi!

Sebenarnya lama sudah saya tidak bergelumang lagi dengan EBM, botol, pam dan segala bagai aksesori pam yang lain sewaktu akviti memerah tegar saya untuk Azri dulu. Dalam erti kata lain, lama dah saya tak tengok susu saya memenuhi botol cenggini, rindulah pulak!

Bekalan susu yang diperah sepanjang hari memang melebihi daripada apa yang izzet minum kalau menggunakan syringe, dia sanggup tunggu saya balik untuk menyusu dari minum habis semua bekalan susu peraham itu. Kini saya tahu lah berapa consumption yang dia minum pada setiap belah.🙂

Minggu hadapan saya akan berkursus 2 hari lagi ditempat yang sama, kali ini kursus Jalan pula, huhu!








Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: