Tanda lahir, parut sukar dapat kerja

Saya terjumpa artikel ini semasa mencari maklumat mengenai tanda lahir lagi. Berita yang baru juga ini dari Utusan Online.

Tanda lahir, parut sukar dapat kerja

HOUSTON 13 Nov. – Satu kajian mendapati orang ramai yang mempunyai tanda lahir, parut dan kecacatan lain di bahagian muka akan menyukarkan mereka untuk mendapat pekerjaan.

Menurut kajian Rice University dan University of Houston, ini kerana tanda-tanda di muka itu boleh mengganggu tumpuan penemuduga sekali gus maklumat mengenai pemohon sukar diingati.

Profesor Psikologi Rice University, Mikki Hebl berkata, amat penting bagi penemuduga untuk mengingati maklumat yang diberikan semasa pemohon ditemuduga.

“Kajian kami menunjukkan jika penemuduga tidak mendapat cukup maklumat mengenai pemohon disebabkan kecacatan di bahagian muka maka ia akan menjejaskan tahap penilaian,” katanya.

Dalam eksperimen pertama, seramai 170 pelajar terlibat dalam kajian itu dan mengendalikan temuduga ‘olok-olok’ menerusi komputer dan pergerakan mata mereka diperhatikan.

Hasilnya, perhatian penemuduga diganggu oleh kecacatan muka, maka lebih kurang maklumat calon yang mereka ingati dan sekali gus memberi markah yang rendah.

Dalam ujian kedua pula, 38 pengurus sepenuh masa mengendalikan temuduga secara bersemuka dengan pemohon yang mempunyai tanda lahir di bahagian muka. – AGENSI

—————————————————–
Alahai kasihan kan? Agaknya perlukah orang yang mempunyai nasib seperti ini terpaksa untuk menulis nota kecil didalam setiap resume/permohonan mereka dan sebagainya seperti ini “Saya mempunyai tanda lahir sebesar sekian-sekian, atau parut di muka sebelah pipi bawah mata tepi hidung sekian sekian, harap maklum! Demi untuk tidak ‘mengejut’ para peng-interview supaya tidak terganggu dengan tanda lahir atau parut dimuka. Begitukah? Hmmmmm.

Atau sepatutnya si peng-interview tersebut perlu lebih ‘peka’, sensitif dan professional dalam menjalankan tugas mereka. Jika tidak pilihlah peng-interview yang mempunyai ciri-ciri yang bagus dalam menjalankan tugas menerumah bakal pekerja yang berpotensi bukan peng-interview yang boleh ‘terganggu’ dengan keadaan fizikal seseorang itu. Bukan pilih peng-interview yang ‘tangkap muat’ sahaja.

Bagi saya ianya lebih kepada diskriminasi secara tidak sengaja/tanpa sedar. Walaupun masyarakat boleh mengatakan majoriti semua rakyat berdemokrasi dan sebagainya tetapi secara realitinya diskriminasi tetap wujud dimana-mana dan didalam pelbagai bentuk.

Mungkin ramai yang akan mengatakan rupa paras dan fizikal seseorang tidak menjadi ukuran namun berapa ramaikah yang boleh beranggapan begini? Realitinya lebih ramai yang beranggapan disebaliknya. Wallahualam.

Namun jika dilihat dari konteks keislaman, kekurangan, kesusahan dan musibah semua itu sebagai ujian dan ukuran kita sebagai manusia disisi Allah. Semoga masa depan izzet dan mereka-mereka yang senasib dipermudahkan oleh Allah kelak.

3 thoughts on “Tanda lahir, parut sukar dapat kerja

  1. hurmm xleh ckp apa..mmg biasanya segitu..sesetengah org rasa takut utk memandang ni kecacatan teruklah..igt tak kisah lagenda lelaki gajah?hidupnya menderita ke akhirnya hanya ibu dia yg menerima dia seadanya malangnya ibu dia ninggal awal..maka hidupnya dihina dan dipulaukan..sikap masyarakat yg kejam mcm ni buatkan ibu bapa yg punyai ank istimewa jd down n sgt2 risau..aku pun xsetuju ngn cara diskriminasi cam ni sbb semua org berpotensi utk tiba2 kehilangan upaya n sbgnya..kita mana tau apa akn jd pd ms depan kan.tp jgn risau insyaallah izzet xkn menerima nasib segitu..

  2. Hayatie says:

    CPN: kasihan kan, realitinya masih ada yang gitu..

  3. mamiraysha says:

    Alhamdulillah, saya tidak menerima nasib sebagaimana artikel tersebut walaupun saya ada tanda lahir. Saya dapat kerja sebagai penjawat awam. Bahkan saya rasa bertuah pula ada tanda lahir ni sebab orang mudah ingat kat saya. Masa saya interview kerja dulu saya sedang belajar. Kebetulan interviewer kenal dengan salah seorang pensyarah saya. Dia call pensyarah saya dan sebut nama saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang saya. Masa sebut nama, pensyarah saya tak perasan. Tapi bila interviwer sebut ada birthmark, terus pensyarah ingat. Interviwer nak pastikan sama ada boleh tak ambil saya bekerja sedangkan saya sedang buat degree. Nasib baik pensyarah bagi feedback yang bagus. Alhamdulillah! sesungguhnya rezeki itu datangnya dari Allah! bukan rupa yang cantik dan interviewer yang pilih kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: