Belajar lagi?

Sabtu yang lepas saya menghadiri taklimat Program Pembangunan Profesional di Universiti Malaya. Ini bukan taklimat kemasukan pelajar yer, hihi! Hanya taklimat mengenai program-program yang ditawarkan di UMCCED (University Malaya Centre for Continuing Education). Taklimat program ini adalah untuk kemasukan December 2011 ini. Sejak habis ijazah pertama, keinginan untuk menyambung kembali pelajaran ke peringkat Master tidak pernah padam walaupun saya kini hanyalah suri rumah sepenuh masa.

Namun setelah difikirkan semula saya tidak rasa yang saya mampu untuk menyambung kembali bidang yang telah saya pelajari sewaktu ijazah pertama dahulu. Namun aura untuk belajar semula semakin membuak-buak setelah saya lulus peperiksaan IBCLE tempohari. Ia menunjukkan bahawa ‘otak’ saya masih lagi boleh menerima proses pembelajaran bersama-sama dengan tugas-tugas menguruskan rumah tangga. Andai kata saya gagal tempohari, sudah pasti entri ini tidak akan wujud, hihi!

Jika diikutkan, saya boleh terus untuk memohon Master didalam Pentadbiran Bisnes (MBA) jika mengikut bidang semasa ijazah pertama dahulu. Tetapi saya tidak yakin yang saya boleh meneruskan sesuatu yang tidak lagi menjadi minat saya ketika ini. Satu-satunya program yang agak ‘sesuai’ dengan status dan citarasa saya pada ketika ini adalah Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Early Childhood Education).

Untuk menyambung Master didalam Program Pendidikan Awal Kanak-kanak ini (MEd [ECE]) saya perlu mempunyai Degree didalam bidang berkaitan. Jika tiada, saya perlu mengambil Profesional Diploma in Early Childhood Education yang ditawarkan oleh UMCCED selama 13 bulan yang dibahagikan kepada 3 semester pembelajaran sebelum saya boleh menyambung ke peringkat Master pula. Begitulah pathway yang saya perlu ikuti sebelum ke peringkat yang seterusnya. Sasaran saya adalah Master sebenarnya.

Lebih kurang 2 minggu sahaja lagi sebelum tarikh tutup pendaftaran iaitu pada 25 November ini. Saya masih lagi memikirkan keputusan yang saya akan ambil ini. Saya tidak ada perancangan khusus sebenarnya tentang apa yang saya ingin lakukan setelah habis nanti jika saya mengikuti program ini. Saya melihat ianya lebih kepada untuk menambahkan ilmu yang saya ada ketika ini. Jika saya tidak ‘kemana-mana pun’, ilmu yang saya dapati daripada program ini boleh saya terap atau praktikan kepada anak-anak saya dimasa-masa hadapan.

Hati saya sebenarnya sangat meruntun untuk meneruskan tetapi agak berbelah bahagi kerana si dia tidak membantah mahupun menyokong setelah diberitahu mengenai hasrat hati ini. Oh, sangat berbelah bahagi ketika. Semoga Allah memberikan saya petunjuk dan hidayah, Amin!



7 thoughts on “Belajar lagi?

  1. Ila says:

    kalau rasa boleh bawa,teruskn lah…

  2. Hayatie says:

    Ila: huhu, sedang dalam pertimbangan. Apa guna jika diri berkeinginan tapi tanpa restu pun payoh jugak..

  3. so kalau kita ada degree dalam bidang lain n nak sambung masters dalam bidang perkembangan awal kanak2 kena ada degree dalam bidang2 dulu?nurulpun minat sangat nak continue dalam perkembangan awal kanak2.

  4. Hany FF says:

    saya pun berminat. dah lama dok usha that program di UM. dah dkt tarikh tutup ya? harus2 apply. jom!

  5. Hayatie says:

    Wan Nurul Hezrina: Menurut kata pegawai taklimat itu. Kalau kita klu nak sambung ke MAster, kita perlu ada degree dlm bidang tersebut. Tapi jika kita cuma ada degree dlm bidang lain, kemudian berminat nak buat Master dalm bidang Pend Awal kanak2 tu, kita perlu amik Profesional Diploma Pend Awal kanak2 ni dulu..klu result bagus baru boleh diterima untuk menyambung ke Master pula.🙂

  6. Hayatie says:

    Hany FF: Iyer, jumaat depan je tarikh tutupnya.. Insyallah saya akan hantar juga borang ni. Klu awak jadi hantar, info la saya yer, kot2 dpt masuk. Boleh kita gi kelas sama2🙂

  7. sy berminat gak.tp sy risau,klu sy amik diploma preschool,then master,apa peluang kerjaya sy? sy ada degree dlm grafik komunikasi.baru mengajar di tadika selama 5bulan.boleh ke sy jd pensyarah preschool nnt?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: