Perjalanan masih jauh


Ramai yang mengusik-ngusik saya, ‘Lepas ni kalau nak tanya pasal Bf bla bla kena cas lah yer‘… ‘Wahh dah jadi IBCLC, berapa consultation per hour?‘, dan macam-macam lagi lah. Tak kurang juga yang bertanya tentang rancangan saya selepas ini. Secara jujurnya saya tidak pandang pun gelaran sebagai IBCLC sebagai batu loncatan untuk menjana pendapatan. Saya tidak punya Pusat laktasi sendiri mahupun bisnes kecil-kecilan (mungkin lah di masa hadapan jika ada rezeki siapa tahu kan, kihkih) atau mungkin hasil jahitan saya boleh dianggap sebagai bisnes? Owh, saya anggap menjahit itu satu kepuasan dan terapi jiwa yang kacau, hihi!

Saya masih tidak terlintas pun tentang bayaran yang harus saya kenakan kelak. Kerana jauh disudut hati saya, saya masih belum layak atau betul-betul luas lagi pengalaman berbanding dengan IBCLC senior yang ada. Masih banyak yang perlu saya pelajari, setiap sesi kaunseling bersama ibu saya anggap sebagai satu pelajaran baru bagi saya.

Apa yang saya dapati daripada proses pembelajaran yang saya perlu dalami sebelum ini dalam proses untuk mendapatkan pertauliahan sebagai IBCLC, ianya banyak memberi pendedahan dari sudut etika, profesionalisma. Ianya bukanlah sekadar fakta dan teknikal tentang penyusuan semata-semata. Didalam proses pembelajaran tersebut saya mula berhati-hati didalam setiap tindak-tanduk malah didalam penulisan secara tidak langsung ianya mula mendidik saya menjadi seorang yang lebih rasional bukan emosional dalam setiap tindakan.

Saya bermula dari kegagalan dan kesukaran diawal-awal perjalanan penyusuan saya yang menyebabkan saya menyimpan hasrat untuk mendalami bidang ini dengan lebih mendalam lagi. Supaya saya tidak akan menghadapinya untuk kali kedua dan seterusnya. Dan saya tidak mahu juga ibu-ibu melalui kesukaran diawal-awal penyusuan seperti saya.

Menjadi ibu yang tidak pernah menyusukan anak dan kemudiannya menyusukan anak secara terus tanpa sebarang medium memberikan saya dua perspektif pengalaman yang berbeza. Kedua-kedua pengalaman memberikan pengalaman kepada saya terutama dari segi pengalaman emosi didalam saya mendekati ibu-ibu. Insyallah, semoga saya terus terlus didalam perjuangan ini. Mohon kepada rakan-rakan untuk menegur sekiranya dirasakan ada diantara tindakan saya yang dianggap terkeluar atau melampaui dari batas-batas yang telah digariskan. Insyallah, kita sama-masa belajar dan memperbaiki diri dari semasa ke semasa.🙂

Nilai manusia itu terletak pada keilmuan, kepemurahan, kesabaran dan akalnya. (Sesunggu orang yang paling mulia diantara kamu adalah orang yang paling bertaqwa”. Surat Al-Hujurat:13)

3 thoughts on “Perjalanan masih jauh

  1. Ely Hasrul says:

    aku debar2 nih sbb tetiba cam kena pikir cemana nk susukan baby kecik hahaha.. aritu g mothercare tgk breastpad aku dh pening2 bape byk aku pakai dulu, brand ape etc hahaha seram sejuk wehhh..nih papi dh tnya nk beli pump brand ape.. ga ga ga ga.. xtau laaaa camneee??? hahahhaa

  2. diLa says:

    tahniah yatie..sori lambat 2saat wish..naik ketapi gerabak last😀

  3. mummy-aulia' says:

    eh, xde button "like" pulak kat sini..heheh.. alamak kak yatie, harus kena bayar caj dah ke lps ni?selamba je sy jemput dtg program kt ofis sy tnpa bertanyakan caj yer..huhuuu..camno tu??-btw, masih dlm perbincangan dgn unit latihan ttg details program.once finalised sy btau kak yati yer… Thank you

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: