Fakta Suplimen dan Penyusuan Susu Ibu

Saya ingin berkongsi juga beberapa fakta mengenai isu supplement yang dikongsi oleh Dr Nadrah di halaman Facebooknya. Beliau juga merupakan salah seorang Peer Counselor MBfPC yang bergiat aktif dalam aktiviti penyusuan susu ibu di Perak.

(Di’copy-paste’ sepenuhnya dari komen-komen beliau)

Pertama: Kandungan kalsium dlm breastmilk tidak berubah walaupun seorang ibu tidak mengambil sebarang calcium supplement dan tidak mengambil sumber makanan yg mengandungi banyak kalsium. Badan ini terlalu bijak dijadikan oleh Tuhan utk menghasilkan kalsium sendiri dlm susu ibu utk bekalan si bayi. Terdapat bbrp kajian juga telah membuktikan bahawa penganbilan supplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak menaikkan level kalsium dlm susu ibu.

Kedua: Yang message saya suruh beli vitamin Bco utk naikkan kualiti susu ibu…maaf, saya berpegang kpd evidence-based, bukan pengalaman based. Vit B adalah vitamin larut air, maka mudah juga di serap kedalam susu ibu. Oleh itu, anda yg makan vit B akan mengalami perubahan warna susu ibu iaitu kekuningan dan nampak pekat, tapi sebenarnya yg masuk ke dalam susu ibu tu adalah vit B, malah sisa degradasinya juga.

Ketiga: Kajian juga membuktikan bahawa kualiti susu ibu yg tidak berbeza dgn ibu yg di negara maju, negara membangun, dan negara mundur dan miskin, maknanya antara ibu terlebih makan, makan ikut suka hati, atau memang tak cukup makan. Atas dasar ini jugalah terhasilnya Carta Pertumbuhan Kanak2 WHO (WHO growth chart) yg membuktikan anak2 yg disusui susu ibu dari pelbagai benua menghasilkan carta perkembangan yg sama, tidak ada beza. So, di manakah basis anda yg cuba msg saya itu mengatakan sbg susu yg terhasil dr ibu yg mengambil supplement yg anda jual akan mempunyai tahap perkembangan yg baik disebabkan supplement yg diambil diserap ke dalam susu ibu seterusnya disalurkan kpd bayi?

Keempat: Sebelum kita terpengaruh dgn penjual supplement’s promotion, mari kita lihat diri kita, pertama tengok perut, ada lipatan spare tyre tak walaupun halus? Kedua, buat carta makanan harian anda, kaji apa yg anda makan dan berjumpa dgn pakar pemakanan, bukan penjual supplement….tentu anda dapati sebenarnya anda dah terlebih zat! Saya cabar anda berjumpa saya dan saya boleh quote nilai zat dlm mknn harian anda.

Keempat: sedarkah anda yg anda boleh sakit disebabkan terlebih vitamin dan garam galian? Kaji kandungan kalcium anda..calcium carbonate? Mahukah anda mengalami batu karang di kemudian hari? Adakah anda menjalankan senaman/exercise (bukan termasuk kerja rumah seharian ya) sebanyak minimum 3 kali seminggu selama minimum 30minit berpeluh setiap sesi? Kalau tak, berhati2 dgn calcium supplement anda kerana anda terdedah kpd risiko batu karang juga osteoporosis juga. Kalsium yg diambil dr tak kira sumber apa pun memerlukan aktiviti kecergasan di atas utk diserap dan disimpan kukuh dlm tulang….kalau tak, tulang anda akan menjadi umpama simen yg rapuh kelak. Sedarlah segera.

Kelima: Jgn cuba kelirukan ibu2 tentang kandungan kalsium dlm susu ibu dgn susu formula. Ya, memang betul kandungan kalsium dlm susu ibu lebih rendah dr yg terkandung dlm susu formula, TAPI telah dibuktikan bahawa penyerapan dan penerimaan kalsium dlm susu ibu oleh bayi adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi n mudah berbanding penyerapan kalsium dlm susu lembu, oleh itu susu ibu tetap tak dapat ditandingi. Namun kajian juga telah membuktikan bahawa penambahan pengambilan suplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak akan menambah kandungan kalsium dlm susu ibu yg dihasilkan krn Tuhan maha bijaksana dlm menentukan apa level terbaik utk seorang bayi.

Keenam: Tahukah anda sesetengah vitamin tidak ditapis oleh payudara seterusnya disalurkan berlebihan melalui susu ibu? Sama juga spt mengandung, sesetengah vitamin tidak ditapis oleh uri dan disalurkan kpd bayi? Jaga2 dgn vitamin A dan E. Kesan negative serius boleh berlaku jika berlebihan dos (hanya recommend supplement A dan E kpd yg mmg pasti tidak dapat mengambilnya dlm diet seharian). Oleh itu, kaji diet harian anda dahulu.

Ketujuh: Vitamin supplement boleh menambah pengeluaran susu? Kalau betul boleh, mengapa anda yg claim pernyataan ini masih menyarankan ibu2 memahami dan meneruskan konsep supply and demand utk memastikan kelancaran pengeluaran susu ibu? Dan mengapa sebenarnya ramai ibu yg mengambil vitamin/supplement yg dicadangkan dan mengikut aturan ambilan tertentu yg disarankan oleh penjual telah memenuhi inbox message saya samada di FB mahupun di email dgn kecewanya terhadap “usaha” membeli supplements seperti ini? INGAT! Konsep sebenar supply n demand adalah jawapan sebenar. Kpd yg bermasalah penurunan pengeluaran susu badan, saya sarankan anda berjumpa dgn konsultan/kaunselor laktasi yg betul untuk dibantu dan sama2 mengkaji punca permasalahan susu merudum (bukan konsultasi melalui email/FB/telefon dlm hal ini) krn approach yg diberikan sgt terperinci mengikut masalah individu.

Kelapan: Adakah bermakna pengambilan pelbagai supplement itu salah? TIDAK SAMA SEKALI. Kita bebas mengambil apa2 supplement, namun jika anda seorang terpelajar, anda boleh membuat kajian betul dahulu tentang menu diet harian anda sebelum decide utk menambah vitamin dlm senarai keperluan harian anda. Pernahkah anda dengar tentang detoksifikasi? Ia terdiri dari diet khas pelbagai vitamin dan mineral yg diambil dlm bbrp hari shj. Anda boleh mencuba, tapi menu diet terbaik dihasilkan dari sumber smulajadi dan itulah yg telah dibuktikan. Anda boleh mengambil vitamin dan supplemen utk kesihatan anda, tetapi utk mengaitkan dgn keperluan khas ibu menyusu/menggalak pengeluaran air susu adalah sangat TIDAK BERETIKA sekiranya anda adalah seorang yg memperjuangkan penyusuan susu ibu.

Kesembilan: pukul berapa anda keluar rumah untuk bekerja dan pulang kerumah kemudiannya? Bila matahari belum terbit dan bila matahari dah terbenam? Pernah anda bersenam atau beriadah di taman pada waktu pagi di setiap hujung minggu atau hanya duduk buat kerja2 rumah di kala cuti? Kalau mcmtu, lupakan utk dapat vitamin D, sebab yg terbaik adalah dari sumber matahari. Takut matahari sebab UV lantas anda mengambil vitamin E? Tahukah anda matahari pagi adalah yg baik, bukan yg terik atas kepala, sekadar pengambilan vit E tidak menghentikan or melambatkan proses penuaan jika anda tidak memakai sunblock yg sesuai. Kenapa saya sentuh vit D? Sebab ia penting membantu penyerapan kalsium dari usus. Oleh itu, jgn takut matahari pagi. Kan senang dgn rutin harian dan diet yg neutral.

Kesepuluh: Supplements boleh mengelak diabetes? Ramai pesakit dah buat, tapi tetap dpt diabetes. Kenapa? Sebab senaman dan pemakanan mengikut sukatan piramid tidak diamalkan. Anda tahukah piramid makanan? Semua boleh tunjuk piramid tu, tapi bila saya tengok post2 makanan di FB masing2, fuhhh..semua jadi piramid terbalik. Cara terbaik memahami piramid makanan, jumpa pakar pemakanan berdekatan anda, bincang ikut kesesuaian xtvt harian anda walaupun anda tak sakit. That day bila waktu SGM yg saya bincang, rata2 participants pelik n terkejut bila saya bgtau sukatan makanan yg sepatutnya mengikut hidangan setiap jenis makanan.

————————————————————————

Kesimpulannya, ibu-ibu tidak usah ragu dengan kemampuan diri untuk mengeluarkan atau menghasilkan susu yang sudah sememangnya terbaik! Fahami konsep asas dalam pengeluaran susu ibu, kembali kepada corak pemakanan yang lebih baik itu sudah lebih memadai.🙂

5 thoughts on “Fakta Suplimen dan Penyusuan Susu Ibu

  1. Umisofwa says:

    Salam Yati, akak suka dengan komen Dr Nadrah ni,..sangat kesian dengan ibu2 yg rasa diri mereka tidak mampu menyusukan susu ibu hanya kerana merasa tidak mampu membeli vitamin yg mahal. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil kepada Hamba-hamba-Nya. Ianya memang menjawab salah anggapan dalam kalangan ibu-ibu tentang perkara suplemen ni. Mohon Share boleh yati?🙂

  2. Hayatie says:

    Kak umisofwa: Silakan untuk dikongsi bagi bermanfaat bersama🙂

  3. ~zainab~ says:

    as salam… honestly, zai pengamal vit ini. *sebelum ni penjual ~_~ huhu* tapi atas rasa kesedaran & atas dasar etika seorang yg memperjuangkan penyusuan susu ibu.., zai berhenti. honestly, kecewa juga bila ibu2 atau lebih fokus ibu2 baru yg tekad mahu menyusukan anak, tapi kurang ilmu dan menjadikan ia sebagai jalan pintas utk menyelamatkan keadaan. sekrang still consume dgn niat utk kesihatan diri sendiri sbb yakin bahawa piramid makanan zai mmg terbalik kuikui… tapi bila baca penerangan dr nad, risau jugak if pengambilan vit ini akan memberikan effect kepada baby…any idea nak kongsi x?

  4. Kasih Kita says:

    Kak yati, minta izin copy n paste di blog. TQ

  5. eda_ej says:

    bagus la info kat entry ni.. tak amek suplimen pon tak pe kan.. =D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: