‘Kerahan tenaga’ budak 3 tahun

‘Abang nak tolong ibu, abang nak sidai baju‘ kata azri (baca dalam mode pelat, hihi). Ok, nak sangat tolong, ibu dia suruh dan ‘paksa’ tolong dari A-Z, takda main-main sekerat jalan yer. Ibu jadi mandur, haha!~

Mula-mula, keluarkan cd-cd tu dari dalam mesin basuh. Tak sampai, pergi tarik kerusi meja makan tu, muahaha! (Perintah jepun betul!)

Nah, tertonggeng-tonggeng nak keluarkan cd. Tak kira, keluarkan sampai habis. Pastu tolak bakul tu sampai depan.

Hahh, gantung insert tu satu-satu kat penyepit tu yer. Nasib baik basuh cd je, bukan baju besar-besar boleh dia sidai sampai habis. Tu pun dah malas bila dah separuh jalan sebenarnya. Siap kata kalau habis sidai ni ibu kasi upah a.k.a hadiah tau, nak hadiah tak?. Tu yang laju je dia sambung sidai walhah sebenar mindanya dah ke lain nak main tu, haha!

Upahnya….Aiskrim Magnum Almond satu! Kesian, berpeluh-peluh sampai basah rambut kena sidai cd, hehe!

Hari ini juga adalah hari ulang tahun azri. 23 Oktober 2011, genaplah usianya 3 tahun. Sekejap je dia dah membesar yer! Kebetulan encik suami pulang kerumah minggu ini, saje je sambut kecil-kecilan dengan makan kek, yummy!

Sekali pandang tulisan Azzuri tu macam Azzari pulok sebab snap dari tepi kan. Kalau dari atas memang huruf u pun tapi ekornya terapat, hehe. Nak snap dari atas tak nampak silau dengan cahaya tu.

Apa-apa pun, Selamat Hari Ulang tahun buat anak ibu. Semoga Allah memanjangkan usia mu dan membesar dengan penuh keberkatan dari Ilahi. Syukur kerana Allah masih meminjamkan kenikmatan ini kepada saya, kenikmatan sebagai seorang ibu berbanding orang lain. Walaupun kadang-kala kenakalannya betul-betul menduga kesabaran saya. Ya Allah, jangan lah Kau tarik semula nikmat yang diberikan ini, amin! Syukur dan insaf seketika.

**Emosi sedikit bila terkenangkan musibah yang menimpa anak-anak kecil semenjak dua menjak ini. Terutamanya kes budak cina yang digilis tu. Ya Allah, kau lindungilah anak-anak dan keluarga kami semua dari sebarang musibah dan bencana, amin!

5 thoughts on “‘Kerahan tenaga’ budak 3 tahun

  1. hahhaha nampak cam dia dah besar jemur stokin sekolah je..weh besor nya upahnya eskem magnum tu abis tak makan tu..qaseh suka menolong aku di dapur selalu berebut2 nak wat itu ini..pastu kalo pi kedai eloklah standby duit lebih weh la ni jangan nak pegang2 dia..dia nak soping sendiri n cari brg sendiri sekali dia pilih penuh tgn 2-3 brg biasanya kena tapislah masa nak bayar..yang harunya dia akan ngamuk bila balik umah brg2 yg dia pilih tak de yg ade satu brg je hahahah memang dia marah betul..ceh igt je rupanya brg2 yg dia ambil

  2. izzahazfar says:

    nampak anak akak azri besar sangat :)selamat ulangtahun ke 3 azrisemoga besar dengan sihat, bijak dan sentiasa dilimpahi kebahagiaan..p/s:agak2 rajin rumah acik banyak kain nak jemur..hahahha

  3. Ely Hasrul says:

    hepi besday azriii!!!!!!

  4. Ila says:

    hepi beday azri…nanti tolong sidai kain kat umah auntie ek…

  5. Hayatie says:

    CPN: tak pernahnya tak habis kalau dah namanya AISKRIM, heheZah, Ely &ila: Thanks muah2..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: