Sekitar SGM-8: "Weaning: Four Chambers of the Heart"

Lama dah berlalu, tapi baru nak update juga, hihi!. SGM Susuibu yang berlangsung pada 25 September yang lepas mencatat sejarah. Sejarah apa yer? Sejarah jumlah kedatangan yang paling sedikit kali ini. Hanya 7 orang sahaja yang datang. Lima orang dari kalangan PC MBfPC termasuklah saya dan juga seorang pasangan suami isteri yang baru pertama kali menyertai SGM. Mungkin kerana minggu itu waktu orang yang masih lagi dalam mode rumah terbuka disana-sini agaknya.

Pada mulanya SGM yang hampir hendak kami batalkan dan ditukar kepada acara chit-chat dan makan-maka sahaja terpaksa kami teruskan juga kerana terdapat peserta yang baru pertama kali menyertainya.

SGM Susuibu.com yang ke-8 kali ini dikendalikan oleh saya kali ini dengan topik ‘Weaning: Four Chambers of the Heart‘. Topik kali ini membincangkan tentang proses Cerai susu.

Apakah yang dimaksudkan dengan Weaning atau Cerai susu ini?

The weaning process begins the first time your baby takes food from a source other than your breast – whether it’s formula from a bottle or mashed banana from a spoon. Weaning is the gradual replacement of breastfeeding with other foods and ways of nurturing”, Kelly Bonyata, IBCLC.

Proses cerai susu ini juga boleh dilakukan mengikut kehendak bayi itu sendiri yang dinamakan Baby-led Weaning.

Baby-led weaning (often also referred to as BLW) is a method of gradually weaning a baby from a milk diet onto solid foods. It allows a baby to control his solid food intake by self-feeding from the very beginning of the weaning process”. Wikipedia.

Dari apa yang kami kongsikan semasa perjumpaan, perbincangan mengenai proses cerai susu ini lebih banyak difokuskan pada 2 kategori;

1. Proses bercerai susu setelah anak menjangkau usia tertentu. Cth: setelah dua tahun dan sebagainya.
Ramai yang berkongsi mengenai bagaimana mereka melalui proses tersebut, bagaimana keadaan emosi yang dirasai oleh kedua-dua ibu dan bayi dan tips-tips tentang bagaimana mereka melalukan proses tersebut.

2. Proses memperkenalkan makanan pejal kepada bayi setelah berusia 6 bulan..
Isu ini juga masih menjadi topik kegemaran terutamanya bagi ibu-ibu yang mempunyai bayi yang bakal melangkah ke alam makanan pejal pula, termasuklah saya, hihi! Bagi saya, setiap anak adalah satu proses pembelajaran yang baru.

Ramai juga yang berkongsi tip-tip mengenai pengenalan makanan pejal sewaktu anak masih bayi lagi walaupun rata-rata kesemua yang hadir, anak-anak sudah pun 2tahun lebih. Diantara yang boleh saya kongsikan adalah mulakan dengan pemberian bubur kosong, puri buah atau makanan-makanan lain yang sesuai.

Berbanding jika kita mulakan dengan makanan ‘segera’ yang telah diproses seperti nestum, puri dalam botol dan sebagainya. Sebagai contoh, bayi susu ibu lebih mudah menerima makanan ruji kita kerana mereka telah pun merasa semua itu melalui susu ibu kerana ibu setiap hari mengambil nasi sebagai diet seharian. Dan begitu juga lah sebaliknya jika kita mulakan dengan makanan bayi yang tersedia dipasaran, kerana ibu sendiri tidak selalu memakan makanan itu juga.

Selain daripada itu, ada juga yang berkongsi tip tentang penyedian makanan untuk bayi, makanan-makanan yang sesuai dan boleh diberi kepada bayi dan sebagainya. Kuantiti makanan juga sering menjadi persoalan iaitu berapa banyak yang bayi perlu ambil dan sebagainya. Bagi saya, ianya berbalik semula kepada kehendak bayi itu sendiri juga.

Melalui pengalaman saya dahulu dengan azri, anak saya tidaklah ‘betul-betul makan’ sehingga dia berusia 8-7 bulan. Pada awal pengenalan makanan, dia lebih untuk merasa dan bermain makanan itu dan bukan makan untuk kenyang pun. Satu sudu yang diberikan pun belum tentu masuk betul-betul kedalam mulut🙂

Dan banyak lagi lah yang dikongsikan, boleh baca laporan penuh yang disediakan oleh saudari Ain di Susuibu,com🙂

Alhamdulillah, berlangsung juga SGM ke-8 yang hampir-hampir tak jadi ini, hihi! Terima kasih Puan shida dan suami encik Amin beserta anak-anak yang baru pertama kali menyertai SGM pada kali ini. Semoga mendapat manfaat dari perkongsian yang diberikan.

Jangan lupa untuk menyertai SGM yang ke-9 pada 30 Oktober 2011 dengan topik ” How Breastfeeding Affects Mothering”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: