5 bulan..

25 haribulan tempohari genap izzet 5 bulan. Lepas tu pejam-celik-pejam-celik lagi dah setahun pula. Baru 5 bulan saya sudah mula merindui izzet yang masih baby, masih merah, cepatnya baby izzet membesar.. huwaa!
Dah boleh duduk dalam walker juga, huwaaaa! cepat sungguh masa berlalu. Baby membesar pun sedih kaa alahai, hehe! Saya cuba masukkannya kedalam walker sebab dia asyik nak berdiri sakan jika dipegang, naik lenguh pun ada. Terus masuk walker, suka hati betul dia, hihi!

Setiap kali bertembung dengan rakan-rakan ‘susuibu’ yang lama, yang mengetahui kisah saya pasti akan bertanya ‘baby kali ini dah boleh direct feeding?’. Alhamdulillah 5 bulan sudah saya menyusukan izzet secara terus. ‘Kebebasan’ yang saya sering impikan sewaktu saya memerah untuk azri dahulu. Dari sehari ke sehari nak mengarang entri mengenai tentang apa yang saya rasa semasa memerah tegar dahulu dan menyusukan secara terus tanpa memerah lagi. Selow-selow.

Sekarang musim izzet tidak tentu hala, meragam, merengek dan serba tak kena sebabnya dia nak tumbuh 2 batang gigi atas dan bawah. Gerunnya saya nak membayangkan situasi yang seterusnya, hihi! Mudah-mudahan dipermudahkan lagi proses penyusuan saya seperti sebelum-sebelumnya.

Kadang-kala azri juga seronok melihat perkembangan izzet. Kalau adik meniarap abang pun meniarap, kalau adik mengagah, abang pun mengagahkan juga! Cuma kadang-kadang yang saya tak tahan tu bila keterujaan azri bertukar menjadi kegeraman dan kemudian bermula adegan-adegan mencucuk mata adiklah, menjolok tekak adik la, haishh!

Abang ‘besar’ yang sebenarnya masih kecik lagi. Pada ketinggian 1meter dan seberat 21kg tetapi bulan depan 23hb azri baru nak masuk 3 tahun. Dan seringkali disalahanggap seperti budak 5-6 tahun yang berperangai kebudak-budakan terutamanya jika datang sesi tantrumnya jika ada keinginan yang tidak dituruti. Nak buat macam-mana dah memang dia budak-budak lagi, 3 tahun pun belum, badan je besar, huhu!

4 thoughts on “5 bulan..

  1. Ila says:

    ish,aku kena kasik adik kt faiz ni..semua orang dah jalan dulu…heheh

  2. Hayatie says:

    ila: go go ila! Masuk gear 5 terus pasni,hehe!

  3. Besar tinggi betul ye Azri… :)Izzet pun macam bakal ikut jejak langkah abang je besarnye….Memang cepat betul ye masa berlalu…. mesti sronok kan dapat direct breastfeed? ;)indah….

  4. ehehhehe baby bambamm tak takut ngn org..yelaa aku pun ngeri melihat akan kegagahan azri dah mcm budak tabika dah aku ngk..aku pasti dia nnt jd budak lelaki yg tinggi tegap macho serta digilai ramai gadis sbb dia lebih cepat nmpk mature wakakakakaakaka..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: