MBfPC South Region 2011: 3-day Training

Ni sambungan cerita bergambar mengenai bengkel latihan MBfPC di Johor yang berlangsung sepanjang 3 hari.

Ketibaan para peserta seawal pukul 8pagi. Seramai 30 orang peserta kali ini. Ketika ini, taklimat mengenai program MBfPC sedang dijalankan.

Sesi menjawab pre-assesment test oleh para peserta.

Erkk, tengok buku yer? haha, acah jer! Ni mungkin salah satu sesi latihan dalam dalam kumpulan.

Peserta bersama ‘breast’ masing-masing🙂 Sambil mendengar penerangan tentang cara-cara membuat model breast itu daripada Dr. Ning. Bentuk sudah ada, selebihnya terpulang kepada kreativiti masing-masing bagaimana untuk membentuk puting, melukis areola dan saraf-sarafnya. Objektif breast model ini agar peserta adalah model breast sendiri sebagai bahan pengajaran mereka pula.

Suasana-suasana semasa aktiviti latihan dalam kumpulan. Begini lah konsep bengkel latihan MBfPC yang dijalankan. Setiap modul-modul yang dipelajari semuanya disalurkan dalam bentuk latihan berkumpulan, bukan semata syarahan sahaja.

Pelbagai bentuk dan stail pembentangan oleh setiap kumpulan setelah selesai perbincangan dalam kumpulan. Selalu setelah habis perbincangan berkumpulan, setiap kumpulan perlu membentangkan hasil perbincangan mereka dalam pelbagai bentuk seperti role-play, sketsa, forum dan sebagainya.

Kali ini saya banyak jadi ‘mandur’ a.k.a jaga je lah. Kalau bawa izzet memang tak boleh apa sangat, sekadar membantu proses administrasi, marking assessment paper dan jadi fasilatator je setiap kali latihan dalam kumpulan tu.🙂

Para juri sedang menilai model-model breast tau,hihi! Juri tu kami-kami je lah! Lepas buat cantik-cantik mesti lah ada anugerah breast tercantik ye dak, hihi!


Ni part yang paling best sekali, ………….Babiesssss Zone!!…………

Kali ini ramai peserta yang bawa bayi. Ada lebih kurang 11 orang peserta yang bawa bayi. Comel dan geram-geram je tengok baby-baby yang ‘bergelimpangan’. Rasa nak gomol-gomol je semua, sib baik semuanya asyik tido je, hihi!

Baby izzet pun ada lah! (^_^)

PCPA a.k.a babysitters untuk sepanjang tempoh bengkel itu🙂 Eh eh, tapi bukan ler sepanjang masa yer, time-time ada mak yg nak ke toilet, makan, solat etc kami tolong lah pegangkan sekejap🙂

Sempat lagi! Sewaktu morning-break.

Acara penutup yang wajib bagi setiap bengkel latihan setelah tamat sesi bengkel latihan. Saya suka panggil ‘acara benang’, hihi! Saya selalu nak banjir time-time ni, tak tahu la kenapa huhu!

Hooray, kami sudah bergelar Peer Counselor MBfPC!


Tahniah dan terima kasih buat semua PCPA dan PC voluanteer yang sama-sama menjayakan bengkel latihan MBfPC di Johor kali ini. Jasa baik dan pengorbanan kalian hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya diatas segala keringat yang dicurahkan tanpa mengharapkan imbuhan sesen pun. Bukan wang yang menjadi penggerak kami, semuanya atas dasar semangat dan perasaan cintakan penyusuan susu ibu itu yang membuatkan kami berada disini.


Kredit gambar dari facebook Puan Zatul & juga dari hp saya je🙂






2 thoughts on “MBfPC South Region 2011: 3-day Training

  1. izzahazfar says:

    teringat kisah training hampir setahun lalu…:) – susu ibu itu indah

  2. wah.nice entry..nak nanges jerk..p/s:done follow here.follow back taw

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: