MBfPC South Region 2011: Pre-training

Fuh, penat mengendalikan bengkel latihan MBfPC di Johor baru-baru ini masih belum hilang. Saya berada di Johor Bahru selama 5 hari dari khamis, 15 September-19 Sept, walaupun training hanya berlangsung selama 3 hari sahaja. Extra 2 hari untuk persiapan sebelum bengkel dan juga sesudah selesai bengel.

Sebelum subuh saya sudah bergerak ke LCCT walaupun tiket flight pada pukul 7.20am. Oleh kerana saya bawa izzet, saya tidak boleh membuat web check-in. Penumpang yang membawa infant perlu check-in dikaunter 1 jam sebelum waktu berlepas. Jadi sebelum 6.20am saya perlu check-in di LCCT. Tu yang terpaksa keluar sebelum subuh, hihi!

Bersama-sama PCPA yang lain Dr. Ning, Dr. Nadrah dan juga yusrina setibanya di lapangan terbang senai. Kami dijemput oleh PC Selatan iaitu Mardziah (Duniasusuibu.com) dan juga Zulhaya. Terima kasih kalian diatas pertolongan yang diberikan.πŸ™‚

Kali ini, bengkel latihan dibuat di Dewan Sri Meranti, Kolej Rahman Putra, UTM Skudai. Ruangnya terrrrrsangat lah luas sedangkan peserta anya 30 orang sahaja. Ruang bengkel latihan yang terbesar setakat ini yang pernah kami dapat setakat ini.


Seperti biasa, barang-barang untuk peserta disediakan sebelum hari pendaftaran keesokannya. Oleh kerana saya yang in-charge dalam hal ehwal dari mencari, mengumpul, menyaring peserta dan lain-lain lagi lah mengenai penyertaan ke bengkel latihan MBfPC ini, maka saya lah orang yang akan terpacak disini setiap kali pendaftaran peserta untuk setiap bengkel latihan MBfPC. Cuma ada 2-3 bengkel yang saya tidak dapat pergi kerana preggy dan dalam pantang waktu itu. Sebab itu, dalam 200 lebih orang PC MBfPC ini, saya boleh tahu yang ini PC dari region mana dan sebagainya, hahah!

Untuk kali pertama dalam bengkel latihan MBfPC, kali ini Education Team MBfPC mencadangkan untuk memasukkan latihan membuat breast sebagai homework para peserta. Sekurang-kurangnya Breast model ini boleh digunakan sebagai model mereka sendiri semasa membantu ibu-ibu yang mempunyai masalah penyusuan.πŸ™‚

Pada hari pertama training 16 September, sebelum training bermula, pagi-pagi lagi saya telah dikejutkan dengan ucapan Happy Birthday dari rakan-rakan PCPA yang lain. Malunya saya. Tak pernah lagi dapat kejutan sebegini, hihi!

Sempat mereka pergi cari kek yer, pelbagai perisa lak tu. Yang bestnya, kek ini adalah aiskrim kek. Macam makan kek dengan aiskrim lah juga, sedapp! Terima kalian!πŸ™‚


Bersama rakan-rakan PC South 2010 yang menawarkan diri untuk menjadi sukarela sepanjang bengkel latihan kali ini. Dari kiri: ida, Noorul, dan Mardziah. Berehat sebentar setelah siap segala persiapan sebelum bermulanya latihan.

**Laporan mengenai bengkel latihan sepanjang 3 hari di entri yang seterusnya tak tahu lah bila hahaha.πŸ™‚
Kredit gambar daripada facebook yusrina

2 thoughts on “MBfPC South Region 2011: Pre-training

  1. Ely Hasrul says:

    hah bile nye besday ko? aku dh wish ke blum? hepi besday tha..

  2. agak2 ade tak nak buat di east coast lak? heheheh.. mane tau bole join (walau tak layak)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: