Duit raya, modify baju raya:)

Sekarang semua tengah mood ber-open house disana-sini yer. Yang paling seronok anak-anaklah yang mengumpul duit raya. Tapi bagi azri mungkin masih belum faham lagi duit raya, apetah lagi izzet. Jadi sekarang ini, mak bapak lah yang terlebih ‘excited’ mengumpul duit raya bagi pihak anak, hihi! Tahun ini beraya sampul duit raya sudah bertambah, untuk azri dan juga izzet.

Ini jumlah kutipan duit raya azri & izzet sejak dari tahun 2009, 2008 tak sempat sebab saya bersalin selepas raya, hihi. Tahun ni collection duit raya RM200 lebih je, tak sebanyak orang lain barangkali, jadilah. Terima kasih nenek2, atuk2, auntie & uncle semua (^_^). So total kesemuanya berjumlah RM940 untuk duit raya dan juga termasuk duit-duit ‘berkat’ selepas kelahiran azri & izzet. Nak buka akaun apa yer yang sesuai?🙂

Al-kisah baju kurung pula, tahun ni saya sudahkan baju raya yang tak sempat siap tahun lepas. Cuma kali ini saya bubuh zip di kiri-kanan pesak baju untuk memudahkan saya menyusukan izzet dengan baju kurung. Baju raya yang lama juga saya modify dengan meletakkan zip di pesak.

Tapak jahit zip biasa.

Tapi saya hanya boleh guna zip biasa sahaja bukan zip sorok. Oleh kerana mesin saya jenis model yang lama tidak boleh guna tapak untuk zip sorok. Aduh, lagi nak menambahkan alasan untuk membeli mesin yang baru juga, huhu!

Gambar dari pak gugel🙂

Ini jenis tapak zip sorok yang tidak boleh digunakan dengan mesin saya.

Sesudah meletakkan zip, hoorahh! berjaya juga ‘menyorok’kan juga. Jika dipandang sekali memang tak perasan pun zip itu. Siap sudah me-modify untuk 2 pasang baju raya lama yang dibubuh zip, jimat belanja tak payah beli baju kurung menyusu yang kebanyakannya rm100 keatas, huhu!

Cuma satu je kekurangan guna zip ni, selalu terlupa nak zip balik selepas selesai menyusu..huhu! Pernah gak terjadi 2-3 kali semasa raya, baru keluar kereta rasa ‘eh apesal berangin je’ rupa tak zip, hoho! Kalau nak selamat kena pakai inner juga.

9 thoughts on “Duit raya, modify baju raya:)

  1. tu diaa duit raya berkepuk keh2..betul tu baju kurung menyusu amatlah mahal..dahla mahal pastu kain yg digunakan pun jenis yg biasa2 or murah je tak padan ngan harga..bezanya cuma ade bukaan menyusu je..bayangkanlah fabric yg digunakan sama je ngan baju kurung RM39 yg kat tesco tu tp dijual dekat RM200 sepasang nampak sangat menipunyaaaa..huhu

  2. Hayatie says:

    CPN: klu nak sep bajet mmg bubuh zip je dibahagian antara pesak dan badan tu…kita pun nak pakai baju kurung ni pun sekali sekala je klu ke kenduri..huhu

  3. she-G says:

    jnji jangan diletak seme kat SSPN tuh..memang la elok untuk tabung pendidikan..tp nyer kalau nak guna pakai duit tu mmg tak leh buat apa la..takat nak buka letak jela 20hengget,janji buka

  4. Aku Ibu Muda says:

    kalau nak untung, duit anak2 tu laburkan beli dinar emas… sekeping sekarang ni sekitar RM 860 gram… lg berbaloi2 :)*wahh….balik ni nak oter gak la baju kurung🙂

  5. Salam… :)banyak duit raya tu… bole bukak SSPN — bole reduce tax… kalau buat bwh nama en. suami.. :)bukak akaun didik — ASB kan..??Bole juga bukak akaun kat Tabung Haji.. terjamin, zakat dibayarkan, return pun lebeh kurang ASB je…dan.. emas… setuju juga ngan Aku Ibu Muda tu….memang berbaloi kalau nak invest..

  6. pizet says:

    kita buka tabung haji je untuk anak2 seawal minggu pertama dah buka…zakat dah siap tolak…cam bg idea buat baju menyusu gak…hehe jimat byk tu 30 dengan 200

  7. AKAUN DIDIK….Gold Account (lagi best), saving a/c (tp kena selalu aktif), DINAR…

  8. NoEn says:

    tabung haji..gold dinar..masa beli hr tu(2-3bln lepas)dgn harga 700, tp sekarang dh 800 lebih..mmg duit raya/hadiah ank wat beli dinar..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: