Beraya di KPJ Kajang

Ni baru betul raya sakan, hehe! Sesudah beraya di Kajang-KL-Melaka, raya ke-5 kami beraya di KPJ Kajang pula. Jangkit dari azri yang sedang batuk dan selsema selepas puang dari kampung. Sabtu malam, suhu badan izzet terus naik mendadak sehingga hampir nak kena sawan. Sebelum kami rushing ke emergency KPJ, saya perasan yang anak mata izzet asyik nak tegak je bila dia merengek. Tapi bila kami cuba panggil-panggil dia, matanya menoleh dan masih lagi cuba untuk tersenyum.

Waktu tu bacaan termometer hampagasss asyik tunjuk 35c, paling tinggi pun 37c kemudian turun semula 34-35c. Tapi badan sudah dedar lah. Saya cuma basah2 kepala dengan towel yang basah. Start anak matanya menaik-naik tu saya saya sudah merasakan seperti tanda-tanda untuk ‘tarik’. Terus kami rushing ke emergency. Sampai-sampai bacaan suhunya sudah 39.5c. Terus kena jirus lah izzet pada pukul 11.30 malam, huhu!

Lepas bagi ubat punggung, doktor on call kata boleh balik tapi selepas sejam, anak matanya masih ‘tertarik-tarik’ lagi dan suhunya masih 39c selepas satu jam. Kami tak puas hati, terus mntak doktor on call tu review dan akhirnya dia suruh admit untuk review paed keesokan harinya. Mujur juga admit sebab subuh tu suhunya naik lagi 38.9c dan kena ‘mandi’ lagi pukul 5.30 pagi. Dan suhunya turun-naik sepanjang hari. Selepas result darah, paed kata viral fever and it is expected, huhu!

Cian izzet, kecik-kecik dah asyik demam, paling awal 2 minggu dia dah kena selsema hasil jangkitan dari azri, mujur badannya dedar kemudian dah ok. Masa azri baby, kali pertama dia mula demam waktu usianya sudah setahun. Time izzet, tak dapat nak dielakkan lah. Kalau Abang kena, siaplah adik-adiknya (adik-adik? oopss..haha!)

First time saya ‘menginap’ di Wad Pediatric KPJ nih. Baru siap dibuat (mengikut banner yang ada disitu). Meriah betul dengan lukisan-lukisan di semua dinding-dinding wad dan termasuklah dalam wad juga.Ni permandangan dari bilik izzet. Kat lantai pun ada lukisan ‘teng-teng’. Azri bukan main excited setiap kali datang, ingat playground agaknya, hihi!

Alhamdulillah, hari isnin semalam sudah boleh discharge.


3 thoughts on “Beraya di KPJ Kajang

  1. bambamnyaaaa beliauuu..wahh bilik vip nyaa hiks

  2. Ely Hasrul says:

    la siannye izzet. seb beik dh sihat!! saja je tuh nk test raya kat spital haha.. kiss izzet

  3. Hayatie says:

    CPN: Tak vip pun..1 bilik 2 katil..tapi alhamdulillah suma expenses ditanggung oleh insurans huhuhEly: Muah2x🙂 dah scan ker?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: