Sekitar KLCC Breastfeeding Flash Mob 2011-gambar

Pada 7 Ogos 2011, saya menyertai acara yang dipanggil Breastfeeding Flash Mob. Pertama kali saya mendengar istilah ‘Flash Mob’. Apa itu Flash Mob?

A flash mob (or flashmob)[1] is a group of people who assemble suddenly in a public place, perform an unusual and sometimes seemingly pointless act for a brief time, then disperse, often for the purposes of entertainment and/or satire.

[Sumber: Wikipedia]

Projek KLCC Breastfeeding Flash Mob ini diketuai oleh Puan Ayuni Zainnudin. Saya pun tidak mengenali beliau secara peribadi dan saya juga tidak involve disepanjang perlaksanaan projek ini. Secara kebetulan sahaja apabila mendapat jemputan yang dipanjang-panjang oleh kak kamariah dan terus dimasukkan kedalam group tersebut yang mana hendak mengumpulkan sekurang-kurangnya 100 orang ibu yang akan menyusu di tempat awam pada hari kejadian nanti.

Rata-rata, ramai juga yang telah mengetahui kenapa breastfeeding flash mob ini diadakan dihadapan KLCC berikutan insiden yang berlaku oleh beberapa orang ibu menyusu yang dihalang untuk menyusukan anak secara terbuka walaupun menutup aurat di kawasan kompleks membeli-belah KLCC, malah didalam surau pun tidak dibenarkan untuk menyusukan bayi. Ibu-ibu perlu ke bilik menyusu (nursing room) yang disediakan.


Kami berkumpul dengan rakan-rakan seangkatan sebelum pergi ke tempat berkumpul masing-masing yang telah ditetapkan. Kami di asingkan mengikut kumpulan yang telah di tempatkan di ‘check-point masing-masing sebelum berkumpul ditempat berkumpul yang utama iaitu dihadapan KLCC Fountain Park.



Kumpulan saya yang bergerak dari check-point di Isetan, tepat pukul 5.20pm kami bergerak dengan santai bersama-sama yang lain menuju ke tempat berkumpul utama. Begitu juga dengan kumpulan-kumpulan yang lain.


Pada masa yang sama juga, dynas dan kumpulannya juga bergerak menuju ke tempat berkumpul yang utama dengan membawa poster.


Tepat pukul 5.30pm, semua kumpulan yang datang dari check-point masing-masing tiba di tempat berkumpul yang utama iaitu dihadapan KLCC Fountain Park. Kesemua kami duduk disepanjang tangga tersebut dan memenuhi segenap ruang dari hujung anak tangga sehinggalah kepenghujung anak tangga yang lain.


Bayangkan kawasan disitu yang ala-ala lengang tiba-tiba terus dikerumuni ibu-ibu berserta keluarga, suami serta sahabat handai. Tidak ketinggalan juga para jurugambar-jurugambar, wakil-wakil media dari RTM dan TV3 yang dipanggil khas untuk membuat liputan breastfeeding flash mob ini.


Mengikut perancangan, kami semua perlu berkumpul dan membuat perlakuan menyusukan anak masing-masing selama 5 minit dan kemudian bersurai. Namun setelah 5-minit berlalu, kami masih lagi disitu, yang akhirnya menarik perhatian pengawal keselamatan untuk turun menyuraikan kumpulan kami disitu.


Muka wartawan RTM tu memang tak puas hati betul. Siap usha maut je dengan pak guard KLCC, hihi!


Beberapa adegan pengawal keselamatan KLCC yang cuba menguraikan kami sempat juga dirakam kan semasa petang itu.


Dynas juga turut di ‘sound’ oleh pak guard untuk bersurai kerana pihak media mengerumi beliau untuk menemuramah dan mengambil gambar. Kelakar muka pak guard ketika ini. Dan Dynas sangat cool menjawab pak guard ini.🙂







Poster-poster yang sangat comel dilukis oleh anak-anak puan Kamariah dibawa dan di pegang oleh anak-anak Puan Rita.




Selingan: Akhirnya dapat juga bergambar sebelah dynas. (Motif: Nak tahu siapa lebih tinggi, ekeke!)




Sesi bergambar geli-geliini lah yang membawa sehingga 1/2jam setelah selesai acara menyusukan selama 5 minit itu, hihi!


Hahaha, ini bukan adegan ‘cucuk langit’ yer. Sajer jer dah tak tahu nak pose macam mana, tah siapa pula yang mengarahkan kami menunjuk kearah KLCC Twin Tower itu pula, secara spontan semua pun berbuat demikian.

Ada banyak lagi gambar-gambar yang dirakamkan oleh mereka-mereka yang menghadiri acara ini, tak larat saya nak tepek satu-satu lagi. Kalau boleh semua saya nak tepek disini, hihi! Apa-apa pun KLCC breastfeeding Flash Mob 2011 ini menjadi salah satu kenangan manis yang pernah saya alami sepanjang menyertai pelbagai aktiviti & program penyusuan. Kerana kali ini saya berpeluang sendiri untuk merasai penyusuan itu walaupun saya telah lama (chewah, lama sangat!) menyertai pelbagai program penyusuan. Sewaktu azri, saya tidak menyusukan secara terus kan.🙂

3 thoughts on “Sekitar KLCC Breastfeeding Flash Mob 2011-gambar

  1. Ely Hasrul says:

    sebak aku.. menci ahhhhh jelesssss!!!

  2. Hayatie says:

    ely: alalala..bucuk2! nanti acik belanje ek..bila nk buat makan2 lg, rindu nk makan masakan ko,ekekek!

  3. bagusla dynas ni…sungguh2 nak support breastfeeding walaupun dia public figure

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: