Rawatan V-Beam Laser pertama

Pada hujung bulan lepas bermulalah rawatan laser yang pertama izzet di PCMC. Sebelum bermulanya rawatan, kami agak nervous juga dan berdoa mudah-mudahan tiada apa-apa komplikasi lain yang berlaku. Maklumlah izzet masih kecil lagi. Keputusan untuk memulakan rawatan seawal usia ini pun memerlukan kami membuat analisis pro & cons, kami melayari internet, membaca forum2 mengenai cerita2 ibu bapa yang telah memulakan rawatan seawal usia.

Kami akur dengan risiko yang mungkin dihadapi iaitu yang paling utama adalah risiko prosidur General Anesthesia (GA) itu yang perlu dilalui oleh bayi berbanding dengan rawatan laser itu sendiri. Setelah menimbang tara, keputusan telah pun buat. Temujanji rawatan telah ditetapkan. Doktor pesan supaya mempuasakan izzet sekurang-kurang 4 jam sebelum prosidur GA. Rawata bermula pukul 9am, maka saya perlu puasakannya dari pukul 5 pagi!! Whoaa, macam-mana bayi nak ‘puasa’ 4 jam tu. Akhirnya, saya hanya mampu puasakan izzet mulai pukul 7am sahaja, huhu!


Izzet tengah bersiap-sedia ditukarkan baju etc sebelum ditolak dalam bilik OT. Waktu ini sudah pun pukul 9.30am. Dikala ini dia sudah tidak tentu arah lagi, sekejap2 merengek. Sudah lapar agaknya. Mana taknya kali terakhir dia menyusu pukul 7am pagi.


Kami tak boleh masuk dalam bilik OT. Jadi terpaksa lah menunggu diluar bilik OT. Rawatan laser tu tak lama, menurut doktor lebih kurang 15 minit sahaja. Campur dengan masa penyediaan GA lagi, lebih kurang 45 minit juga la izzet berada dalam OT.

Tak admit pun, setelah selesai, izzet ditolak keluar, dah jaga cuma dalam keadaan ‘mamai-mamai’ sedikit. Kemudian menangis, mungkin dia rasa tak tak selesa, pening2 ke apa. Macam kita lah juga kalau baru lepas biuskan selalu pening semacam je. Berehat dulu dalam 1/2jam di Day Care, kemudian kami pun pulang. Sepanjang perjalanan izzet menyusu-tidur-menyusu. Sampai ke petang dia dah ok seperti sedia kala.🙂

Rawatan laser yang seterusnya adalah dalam masa 2-3 bulan lagi.


Tak tahu nak snap apa, saya snap lah room rates PCMC ni kot2lah kalau ada yang bercadang-cadang nak ‘menginap’ disini, ngeee! (^_^)

4 thoughts on “Rawatan V-Beam Laser pertama

  1. so cemana hasilnyaa berkesan kahhh

  2. Ely Hasrul says:

    room rate PCMC boleh dikategorikan sbg murah. kitorg mmg dh start menukar dokter sbb dh notice ampang puteri nye charges almost double dari PCMC! gile ahh

  3. Hayatie says:

    CPN: belum ketara lagi.Kdg2 nampak mcm kurang2..kdg2 cam biasa. Doktor kata yang 1st time nih, dia guna dos yang rendah dulu.Ely: Kau check up mana kali ni?

  4. NuRuL DhiA says:

    Bile tgk izzet mesti igt anak bujang ku hafeez, yg bertanda merah di mata. dulu nak gak wat rawatan tp tangguh2 last x buat langsung. wat masa ni juz cuba rawatan traditional, jumpa pak syeikh arab soh dia cuba ubat kan, 3 kali gak jumpe, dia pegang kat tanda tu pastu dia bace2 ayat quran, kesannya mungkin lama, samada tanda tu ilang atau berpindah tempat lain katanye. skrg pun tanda merah tu da makin sikit, makin lama makin ciput, harap2 ilang terus…amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: