Permohonan Penyertaan Ke Bengkel Latihan PPIMM/MBfPC Zon Selatan (Johor) Pada 16-18 September 2011

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Saya ingin memaklumkan satu e-mail permohonan penyertaan ke bengkel latihan PPIMM/MBfPC bagi Zon Selatan (Johor) telah pun dihantar kepada semua yang telah menghantar butiran ke pihak pengurusan PPIMM/MBfPC sebelum ini.

Maklumat mengenai bengkel latihan adalah seperti dibawah:

Tempat: Dewan Tun Rahah, Kolej Tun Razak, Universiti Teknologi Malaysia,81310 Skudai,Johor
Tarikh : 16-18 September 2011
Waktu : 8.00am – 6.00pm
Yuran penyertaan: RM100 (Untuk permohonan yang terpilih)

Untuk makluman semua, setiap permohonan akan melalui proses saringan dari pihak pengurusan berdasarkan maklumat dari borang permohonan dan borang questionnaire peserta untuk memastikan hanya peserta yang memenuhi kriteria pemiihan sahaja layak untuk menyertai bengkel latihan ini.

Borang-borang yang dilampirkan didalam e-mail permohonan penyertaan daripada pihak pengurusan PPIMM/MBfPC adalah:

1. Borang Permohonan (MBfPC Application Form.Doc)
2. Borang Questionnaire (MBfPC-Questionnaire)

Diminta pada semua yang menerima e-mail permohonan penyertaan tersebut untuk mengisi borang-borang berkenaan dan mengembalikan borang-borang tersebut kepada admin@malaysianbfpc.org sebelum 15 Ogos 2011. Permohonan yang masuk selepas 15 Ogos 2011 tidak akan diproses.

Pihak pengurusan PPIMM/MBfPC akan menghantar e-mail jawapan beserta surat jemputan bagi permohonan yang berjaya kepada peserta mulai 22 Ogos 2011. Yuran penyertaan sebanyak RM100 dikenakan untuk setiap permohonan yang berjaya. Maklumat pembayaran akan disertakan sekali bersama e-mail jawapan tersebut.

Pada yang telah menghantar butiran tetapi tidak menerima e-mail ini, sila maklumkan kembali kepada pihak admin@malaysianbfpc.org

Sebarang pertanyaan bolehlah diemailkan kepada admin@malaysianbfpc.org atau berhubung terus dengan saya melalui email di admin MBfPC atau hayatiehashim@yahoo.com atau ditalian saya o12-2o45646.

*** Untuk makluman semua juga, bengkel latihan di Zon selatan ini adalah siri latihan yang terakhir bagi semenanjung Malaysia untuk tahun 2011. Pihak Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) telah memutuskan untuk menangguhkan semua bengkel latihan mulai 2012 sehinggalah diberitahu kelak.

Mulai 2012, Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) akan lebih memfokuskan lebih kepada sebarang bentuk aktiviti sokongan dalam penyusuan dan juga untuk mengukuhkan lagi skil-skil para PIM/PC MBfPC agar objektif MBfPC dapat dicapai, insyallah. Sehingga hari ini MBfPC telah melatih seramai 212 orang para pembimbing Ibu Menyusu/Peer Counselor diseluruh negara.πŸ™‚

2 thoughts on “Permohonan Penyertaan Ke Bengkel Latihan PPIMM/MBfPC Zon Selatan (Johor) Pada 16-18 September 2011

  1. kak ini mengenai ape ape ek.. maaf masih baru

  2. Hayatie says:

    @Farhah: Latihan untuk menjadi pembimbing ibu menyusu atau peer counselor. Berminat?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: