Malasnya nak perah

Dah hampir nak masuk 3 bulan saya menyusukan izzet secara terus. Alhamdulillah, Sepanjang waktu itu saya tidak mengalami sebarang cabaran yang yang menduga keupayaan diri lagi. Semua cabaran-cabaran yang saya tempuhi sepanjang tempoh ini saya hadapi dengan minda yang sudah fokus dengan jangkaan-jangkaan yang bakal dan boleh berlaku dalam proses penyusuan susu ibu.

Sepanjang tempoh ini, saya langsung tidak menyentuh sebarang alatan pemerahan malah tidak pun menyiap2 kannya sebelum tempoh berpantang dahulu. Jika keadaan memerlukan saya memerah pun, saya sudah tekad untuk memerah tangan sahaja.

Sepanjang tempoh berpantang tempohari, berlaku juga engorgement kerana izzet yang menyusu sedikit dan hormon prolaktin yang tinggi dalam tempoh tersebut. Mujur engorgement itu dapat diatasi dengan tuaman panas dan kemudian aktiviti paksa-rela menyusukan izzet setiap 1/2jam di payudara yang mengalami kebengkakkan itu, hihi. Alhamdulillah, berkesan dan tidak perlu memerah keluar susu.

Bila dah sedap menyusu terus ini, malas betul untuk membuat stok, memerah bagai ini. Cukuplah selama hampir 2 tahun saya memerah untuk azri dahulu, hihi! Tapi saya perlu menyediakan stok EBM untuk sehari sepanjang ketiadaan saya pada minggu hadapan. Mujur satu hari je, huhu!

Saya mula memerah sebaik sahaja selesai menyusukan izzet. Saya tidak buat tanderm pumping (menyusu sebelah, memerah sebelah) kerana kadang-kala izzet masih lagi mahu menyusu setelah selesai pada sebelah payudara. Kadang-kala dia sudah kenyang setelah menyusu pada sebelah payudara.sahaja. Ikut mood dia lah, hihi!

Pemerahan pertama saya selepas menyusukan, biasanya masa yang saya diambil sekitar 10-15 minit sahaja. . Jika payudara separuh kosong, lebih kurang tempoh diatas untuk dikosongkan sepenuhnya. Terpulanglah kepada kapasiti individu mak itu. Tak banyak mana pun yang tinggal, dapatlah lebih kurang 2.5oz. Selebihnya? Sudah tentulah izzet dah ngappp, hihi!

Sedikitnya? Kenapa tak sama macam orang lain yang beroz-oz dapat semasa memerah? Susu saya tak cukup kah? dan macam-macam lagi persoalan yang mungkin ibu-ibu rasakan dengan hasil perahan mereka. (^_^). Sekali lagi, ianya terpulang kepada ibu-ibu, lain orang lain cara dan hasilnya.

Tak perlu risau, kuantiti susu perahan bukanlah sebagai penentu ibu kurang susu atau tidak. Perlu lihat faktor yang lain untuk menentukan sama ada bayi mendapat cukup susu atau tidak seperti pengiraan lampin yang digunakan sehari-hari, faktor peningkatan berat badan, bla3x.. sila rujuk website kellymom.com yer …hihi!

**Tak tahu lagi bagaimana reaksi izzet menerima EBM nanti. Sebab saya belum ajarnya lagi minum EBM. Saya masih tekad untuk memilih cara pemberian melalui cawan atau syringe sahaja. Saya masih belum ajar encik suami lagi tentang cara pemberian melalui cawan atau syringe. Namun, sebagai langkah terakhir, saya masih juga menyediakan puting (Ohh masih fobia dengan puting tiruan ini, huhu!)

Semoga semua dipermudahkan, amin!

5 thoughts on “Malasnya nak perah

  1. harap izzet tak keliru puting..aku lak yg risau huhuhu kalau bolehkan..

  2. eT says:

    rasa yg sama kak..huhu

  3. Rozita says:

    anak sy pernah keliru puting.. sudahnya sy pakai brand The First Year bottle… mahal sikit harga dia.. tapi memang berbaloi2.. lepas tu anak terus hilang masalah keliru puting lagi… puting botol ni ada 2 lapis yg luar lembut dalam keras.. dia kena isap betul2 mcm isap breast kita kalau nak susu.. sbb tu kurang masalah keliru puting tu..

  4. noorulaz says:

    akak, skrg pun saya fully pumping.. nanti klu pregnant no 2, saya belajar ngan akak ye..

  5. noorulaz, fiesha pun fully pumping n bnyk timba ilmu dr kak yati, bila tengok kak yati berjaya untuk baby ke 2 semangat sgt berkobar3 untuk berjaya bila ada rezeki anak no 2, terima kasih bnyk3 kak yati..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: