Cradle Cap atau ‘Taik Sawan’

Lepas sebulan izzet kena kerak-kerak dikepalanya atau dipangil ‘Cradle Cap’. Mujur ianya sedikit-sedikit dan berperingkat-peringkat. Mula-mula tuhari diatas kepala kemudian hilang. Laa ni dah kedepan sedikit pula. Kata mertua saya, orang dulu-dulu panggil ‘taik sawan’. Dan menurut mertua saya lagi, jika budak yang kena taik sawan ni, kalau yang alah boleh buat demam.

Pertama kali saya melihat dan melaluinya. Sewaktu azri dulu tidak kena. Lahir-lahir memang bersih je kulitnya, Mertua saya pesan suh minum air kelapa sewaktu dalam minggu-terakhir sebelum kelahiran kerana nanti bayi keluar kulitnya licin. Saya pun minum juga air kelapa 2-3 kali dalam seminggu. Kat rumah saya senang nak cari air kelapa ni, ada je yang jual kat tepi-tepi jalan Kajang lama nih.

Waktu izzet saya tak minum langsung air kelapa, tak sempat pun nak minum, huhu! Adakah sebab tak minum air kelapa juga, agaga! Taklah kot, itu semua kebetulan sahaja. Tiada pula kajian saintifik yang mengatakan amalan meminum air kelapa sebelum bersalin dapat menghindarkan cradle cap ini., huhu.

Apakah Cradle Cap atau Taik sawan itu?

Cradle Cap atau dalam istilah perubatanya dipanggil Seborrheic dermatitis adalah sejenis penyakit kulit yang biasa menyerang kebanyakan bayi yang baru lahir. Ianya seperti sisik-sisik putih kadang-kala kekuningan. Ianya sering terjadi di tempat-tempat kulit yang berminyak seperi dikulit kepala, dibelakang teling dan kadang-kala boleh terjadi pada kening mata.

Cradle cap atau Seborrheic dermatitis ini terjadi disebabkan kelenjar Seborrheic iaitu (oil-producing glands) yang terlebih stimulate dan mengeluarkan greasy subtance yang menyebabkan sel kulit mati tersebut melekat dan menjadi kering diatas kulit kepala.

Ianya sering kali terjadi dikalangan bayi pada usia 6 bulan pertama dan boleh juga dihidapi sehingga beberapa tahun usianya.

Bagaimana ianya boleh dirawat?

Kebanyakannya mencadangkan bahagian kepala sering disapu dengan minyak bayi (baby-oil) atau minyak zaitun (olive oil). Tujuannya adalah untuk melembutkan sisik-sisik kulit mati tersebut dan mudah tertanggal apabila disikat (dengan lembut).
Align Center
Sumber:
-http://www.birth.com.au/Cradle-cap-nappy-rash-and-other-conditions/Cradle-cap?p=1
-http://dermnetnz.org/dermatitis/cradle-cap.html
-http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0001959/

***Saya ada terdengar yang orang kata minyak kelapa dara juga bagus untuk menghilangkan taik sawan ini. Tapi saya masih belum mencubanya. Tengoklah jika masih tidak hilang-hilang juga harus mencari minyak kelapa dara itu, hihi!

8 thoughts on “Cradle Cap atau ‘Taik Sawan’

  1. mak sy..masa dalam pantang, dia akan amek segenggam kelapa, bunjut dalam kain putih, ikat..then sapu satu kepala anak sy. sapuuu rata. lepas 2 hari buat..nnti pagi2 before mandikan anak pagi2, kerak tu dah jadi lembut..then senang nak kikis dengan lembut dengan sikat..alhamdulillah lepas tu jadi licin..:-)

  2. Sue says:

    Salam. Just sharing my exp. my 1st doter tak de cradle cap ni. Tapi anak no.2 ada tapi tak byk, rajin sapu baby oil. dan anak no.3 pulak mmg byk kerak tu, smpaikan jadi berbau bila cium baby tu. bau hanyir. pastu bila mandi, kepala mcm berlendir2. So masa gi check up sebulan, doktor kat az-zahrah bagi 'cradle cap shampoo' dan alhamdulillah.. cepat pulih. Try la cari, maybe kat farmasi ada jual…

  3. Hayatie says:

    @Rose: wah, kelapa juga yer. Ke apa2 yang ada kena mengena dgn kelapa ni boleh buat kulit baby bersih..ekeke Thanks for the tips :)@Sue: oo..makin byk anak makin byk pula kerak tu yer.. lebih kurang mcm saya. Mintak2 anak ke-3 nanti takda juga, huhu. Anyway that for sharing (^_^)

  4. mizah says:

    hye…salam kenalan..dulu anak pertama banyak keraknya.. saya sapukan dengan baby oil then bila dah basah or lembab, sikat or guna cotton bud..tanggal la kerak tu…anak kedua, ada sikit je..sekali je datang cradle cap tu…anak pertama datang berperingkat2, berkali2…hhuhuhu

  5. MaMa_AdHa says:

    owh banyak rupanye petua, tapi bab shampoo smlm gi klinik mintak dia cakap letak je minyak baby waktu malam pagi esok dia lembut. Kesian my twin sorang kepala cantik sorang lagi ada kuping2…

  6. Ely Hasrul says:

    sian izet. gatal tak? mcm la dia bleh jawab hihi.. semoga cpt sembuh. .. oit apesal ko reply komen kat Sue tu hopefuli anak no.3?? ade nk tambah dlm masa terdekat ke? oii kang aku kena pegnen oii kan dh janji ko anak tiga kahkahkahkah.. kiss izet bile la nk berjumpa

  7. pizet says:

    salam…kak masa anak saya 2nd kena gak macam tu pastu letak baby oil bb lembut kerak2 tu pastu buang sikit2 bila dah lembut…lama2 ilang cam tu ja

  8. Hayatie says:

    @mizah: Begitu la pulak yer🙂 Thanks for sharing :)@mama_AdHa: alahai…yg sorang lak kena yer. takpela, nasib dua2 tak kena.. :)@ely: mengikut pembacaan, cradle cap tu tak gatal..tapi kalau jenis yang teruk n tebal tu maybe boleh gatal n buat baby tak selesa.@pizet: semua pun treat dgn baby oil je dulu, nampak dah semakin berkurang juga kerak baby akak ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: