Jenis-jenis Tanda Lahir pada Bayi

Sebelum ni saya tak ambil port pun mengenai tanda lahir. Tapi biasalah kan bila kita sedang menghadapinya baru kita nak mengambil berat, mengetahui dan apa-apa lah lagi mengenai sesuatu masalah tersebut.

Jadi pandanglah dugaan itu dari sudut yang positif. Ini kerana, dugaan memberikan kita pengalaman dan pengalaman itu mengajar dan mendewasakan kita. Chewaahh, motivasi diri lah konon, hihi!

Artikel mengenai tanda lahir didalam bahasa melayu yang saya copy-paste sepenuhnya dari blog Pakar Kanak-kanak Dr. Saiful yang mempunyai klinik kanak-kanak di Sg. Chua. Dekat je dengan rumah saya, ghopenyeee!

——————————————————————————————

Jenis-jenis Tanda Lahir pada Bayi

Tanda lahir (Birth marks) boleh di bahagikan kepada 2 jenis iaitu A. Tanda lahir Vascular dan B. Tanda lahir berpigmen.

A. Tanda lahir Vaskular :Tanda lahir ini terjadi apabila salur darah tidak terbentuk dengan sempurna. Terdapat 3 jenis tanda lahir vascular iaitu:

i- Port Wine Stains (PWS)Tanda lahir jenis ini selalunya belaku pada bahagian muka dan bebeza dari segi saiznya. Ia seperti berbentuk air wain merah yang tertumpah (port wine stains). Jika ia berlaku dekat pada bahagian mata ujian lanjutan perlu dilakukan untuk memastikan tiada komplikasi pada organ tersebut.

Port Wine Stain (PWS) & Izzet PWS


ii – Hemangioma : Tanda lahir jenis ini selalunya timbul dan boleh jadi kemerah-merahan atau bebiru-biruan bergantung kepada jenis salur darah yang terlibat. Hemangioma selalunya akan makin membesar untuk 6 bukan pertama dan biasanya akan mengecut apabila kanak-kanak tersebut mencapai umur 5- 9 tahun. Jika hemangioma ini besar dan melibatkan bahagian seperti mulut atau hidung maka rawatan perlu dilakukan bagi mengecutkannya supaya tidak mengganggu fungsi organ tesebut.

,

Hemangioma

i – Macular Stains: Tanda lahir yang paling kerap kelihatan. Biasanya terdapat pada bahagian dahi, kelopak mata, belakang leher, hidung, atas bibir atau pada bahagian belakang kepala. Biasanya tanda lahir jenis ini akan hilang apabila bayi itu mencapai umur 1 atau 2 tahun.

Macular stains pada kelopak mata kanan atas

B. Tanda Lahir Berpigment (Piegmented Birthmarks): Tanda lahir ini terjadi apabila sel-sel yang menyebaban pigment (warna kulit) pada kulit berkembang lebih daripada normal (Overgrowth). Ia boleh dibahagikan kepada 3 jenis:

i – Mongolian spotsBewarna kebiru-biruan atau kelabu. Kerap terdapat pada bahagian belakang atau punggung bayi. Selalunya akan hilang sepenuhnya tanpa memerlukan rawatan khusus.

Mongolian spots

***Baru saya tahu yang yang tanda macam biru-biru yang selalu ada pada punggung, belakang badan bayi yang baru lahir ini dipanggil Mongolian Spots. Azri dan izzet pun memang ada tanda-tanda ni tapi biasanya hilang bila bayi dah besar. (^_^)


ii. Cafe-au-liat spotsKerap berlaku dan warnanya adalah seperti kopi ditambah susu (seperti namanya). Boleh terdapat di mana-mana sahaja bahagian tubuh. Walaubagaimanapun jika terdapat banyak tanda ini dan saiznya yang besar maka perlu mendapat pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada kaitan dengan penyakit tertentu seperti penyakit saraf Neurofibromatosis.

Cafe-au-liat

iii – Moles (Tahi lalat)Ia boleh bewarna perang atau hitam. Boleh rata atau timbul dan terdpat juga yang mempunya rambut atau bulu. Jika ia besar ia memerlukan pemeriksaan susulan bagi memastikan ia tidah bertambah besar atau berubah warna kerana terdapat risiko untuk menjadi kanser kulit (melanoma) jika ia berkeadaan demikian.

One thought on “Jenis-jenis Tanda Lahir pada Bayi

  1. nice info,hope we can help each other for our blogs……!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: