Lanjutan kisah tanda lahir-Port Wine Stain

Tak habis lagi kesudahan cerita tanda lahir izzet. Siri temujanji yang terakhir di Damansara Specialist yang mencadangkan kami membuat temujanji dengan pakar kulit kanak-kanak di HKL iaitu doktor Sabirah oleh kerana ketiadaan mesin yang bersesuaian untuk merawat tanda lahir jenis Port Wine Stain disitu, hmm tah lah!.

Kemudian kami pun ke Institut Pediatrik HKL untuk sesi temujanji yang telah ditetapkan untuk berjumpa dengan doktor Sabirah. Tapi kami tidak pun berjumpa dengan doktor Sabirah kerana beliau ada hal yang lain kata doktor yang menggantikkan beliau.

Setelah bercerita segala bagai mengenai tanda lahir (yang telah pun kami dengar berulang-ulang kali) doktor tersebut menegaskan bahawa rawatan laser untuk tanda lahir tidak akan dibuat pada bayi yang kurang dari 1 tahun (kecuali atas sebab-sebab perubatan yang perlu). Atas alasan risiko GA (General Anesthesia) lebih tinggi bagi bayi yang dibawah satu tahun. Malah, menurut doktor itu lagi, jika anak kami sudah setahun pun belum tentu dapat dibuat rawatan itu sekarang diatas sebab peralatan yang masih belum mencukupi pula.

Sesi temujanji di klinik tersebut agak hura-hara dengan keadaan orang yang ramai, satu bilik di kongsi oleh 3 orang doktor yang bersama-sama mengambil giliran pesakit yang lain. Kesimpulan temujanji tersebut adalah the best is to wait until he at least 1-2 year to start the treatment.


Oh, that was totally opposite from what we have read in the Vascular Birthmark Foundation Forum. The resource site and forum which i’ve been reading for the past few months. Di situ, ibu-bapa dengan anak yang mempunyai pelbagai jenis tanda lahir (birthmark atau istilah medikalnya ‘vascular malformations’) berkongsi cerita, gambar dan kaedah rawatan yang telah dijalani. Dimana laser treatment sudah dimulakan seawal usia 2 bulan. Dan lagi awal treatment dibuat, chances lebih mudah untuk dikurangkan.

Patients born with port wine stains should have early laser treatment to achieve optimal results. Delay in treatment, as in this patient until age 26, may result in hard to treat PWS that can continue to progress in nodularity.

[Sumber:’Port wine stain progression: a potential consequence of delayed and inadequate treatment?’,Pub-Med.Gov]

Jika disini, kita tidak begitu mengambil serius tentang isu tanda lahir dan kaedah yang rawatan tanda lahir atau mungkin sesetengah ibu-bapa yang tidak mempunyai informasi bahawa ianya boleh dilakukan seawal usia, kekangan duit dan pelbagai faktor lain. Kita sering melihat orang dewasa yang mempunyai pelbagai jenis tanda lahir di anggota badan dan kebiasaanya tidak cuba dirawat dari kecil disebabkan faktor-faktor diatas.

Saya mungkin tidak begitu terlalu serius untuk rawatan tanda lahir izzet jika ianya kecil atau berada ditempat2 yang tidak begitu ketara atau dianggota badan yang lain yang mungkin boleh ditutup. Namun lokasi tandanya yang betul-betul dihadapan muka dan memang ketara yang membuatkan kami berikhtiar habis agar ianya dapat dikurangkan dan jika boleh dapat dihilangkan sebelum dia melangkah usia.

Berbalik kepada cerita di HKL, kami agak kuciwa (chewah) dan pulang kerumah dengan pelbagai andaian dan emosi. Mungkin, mereka perlu mendahulukan apa yang lebih penting barangkali dan kes kami ini pun bukanlah dalam kategori life-threatening ke apa cuma for the sake of cosmetic reason only. Wish if we could afford to fly there (US) and get the best treatment, hopefully huhu!


Kemudian, kami mencuba pula di Prince Court Medical Centre salah satu hospital diantara 3 hospital sahaja yang mempunyai latest Vascular Laser machine (Selain HKL dan Tropicana) yang dicadangkan oleh Doktor Mardziah.

The Dermatology Centre has the latest laser machines (V-Beam Perfecta,Revlite, Fractional Co2 laser, Conventional Co2 laser, GentleYAG) and IPL machine (Intense Pulse Light) for skin rejuvenation, skin tightening, acne scar, wrinkles, pigment and tattoo removal, hair removal, spider and leg vein removal, treatment of birthmarks (port-wine stain, Naevus of Ota) and complexion analysis with the Visia Complexion Analysis machine.

[Dermotolgy Dept, Prince court Medical Centre]

Ayat ini yang menguatkan kami untuk mencuba pula di PCMC dan satu sesi temujanji telah diatur dengan pakar dermatologi disitu iaitu Dr. Gangaram. Hasil konsultasi lebih kurang satu jam sangat berbaloi dengan ongkosnya sekali,huhu dengan pelbagai rekod rawatan laser untuk Port Wine stain treatment yang telah beliau buat. Malah beliau juga turut mengatakan the best is to start early.

Mengikut assesment beliau terhadap tanda lahir izzet, lebih kurang 6 kali laser treatment diperlukan untuk menggurangkan tanda tersebut. Oleh kerana setiap satu sesi laser treatment hanya boleh diulangi setiap 2-3 bulan sekali bermakna tempoh rawatan ini akan berterusan sehingga izzet hampir 2 tahun nanti. Insyallah, rawatan pertama mungkin akan dimulakan hujung bulan ini. Semoga usaha kami ini dipermudahkan oleh Allah S.W.T dan berjalan lancar.

Izzet sewaktu menjalani pemeriksaan Glaucoma pada mata. Salah satu pemeriksaan yang perlu dibuat jika tanda lahir extends to eye-lid kerana risk untuk develop glaucoma adalah tinggi jika Port-wine stain terjadi berhampiran dengan mata dan kelopak mata. Alhamdulillah, ujian normal tetapi perlu mengulangi check-up untuk Glaucoma ini setahun sekali.

One thought on “Lanjutan kisah tanda lahir-Port Wine Stain

  1. assalamualaikum kak..tak sakit ker wat laser tu nanti?!!risau nyer..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: