Laporan SGM ke-6: There’s a new baby in your life

Alhamdulillah berlangsung sudah sesi perjumpaan kumpulan sokongan penyusuan Susuibu yang ke-6 anjuran Susuibu.com yang berlangsung di Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. Dengan topik pada kali ini ‘There is a new baby in your life’.

SGM pertama yang saya hadiri selepas habis berpantang. Kira-kira sesi ‘warm-up’ untuk segala aktiviti penyusuan yang akan saya sertai semula selepas ini, insyallah! Seronoknya.

Dah lama tak jadi Moderator kumpulan, kali ini baru nak praktis panaskan enjin semula. Rasa macam kekok-kekok pun ada sebab bawa sekali si izzet yang kejap-kejap hok-hek. Mencabar juga lah sebab dulu kalau datang SGM solo sahaja, hihi!


Sesi perkongsian oleh ibu-ibu yang berada dalam kumpulan saya. Paling jauh, puan Mai dan puan jaja yang datang dari Banting dan juga Klang. Itulah yang dipanggil semangat untuk berkongsi dan bertukar cerita tentang penyusuan susu ibu, jarak bukan penghalang, cewaahh!

Kumpulan kedua yang di kemudikan oleh Puan Kamariah.

Perbincangan kumpulan kami dimulakan dengan perkongsian oleh setiap ahli tentang pengalaman sewaktu kelahiran cahayamata khususnya dari perspektif penyusuan susu ibu. Dimana, semuanya berkongsi tentang pengalaman penyusuan sewaktu diawal-awal kelahiran, ketika waktu berpantang dan penyusuan secara ‘tanderm’.

Apa yang dapat disimpulkan dari hasil perbincangan dalam kumpulan kami adalah:

1. Persediaan mental & fizikal tentang penyusuan dari sebelum bersalin.
Ibu-ibu harus mendapatkan serba sedikit maklumat berkaitan dengan penyusuan dan maklumat yang berkaitan sebagai persediaan untuk memulakan penyusuan sejurus selepas kelahiran. Membaca artikel-artikel berkaitan penyusuan, mengikuti kelas-kelas penyusuan, menghadiri perjumpaan kumpulan sokongan dan sebagainya sejak dari kehamilan sebagai persediaan ‘What to expect’ dalam penyusuan ini.

2. Pilihan hospital yang menggalakkan dan mempraktikkan penyusuan susu ibu.
Pilihan hospital turut memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan penyusuan sesorang ibu tersebut. Ini kerana bagi ibu-ibu baru khususnya yang tiada informasi yang tepat mengenai penyusuan susu ibu dan ditambah lagi dengan hospital dan kakitangannya yang tidak mempraktiskan penyusuan susu ibu akan memburukkan lagi peluang ibu-ibu untuk memulakan penyusuan.

3. Waktu berpantang.
Meminta ahli keluarga khususnya suami untuk membantu ibu yang sedang berpantang supaya ibu dapat memberi lebih perhatian kepada bayi yang baru lahir, tidak stress dan seterusnya dapat membantunya meneruskan penyusuan dengan lebih tenang. Terutamanya jika ada anak-anak yang lebih besar yang perlu diuruskan, suami dan ibu/ibu mertua dapat membantu melayani karenah anak-anak yang lain.

4. Penerimaan anak &Penyusuan serentak (Tandem Nursing).
Ada juga persoalan yang diutarakan bagaimana reaksi anak-anak yang lain ketika menerima kehadiran bayi yang baru lahir kedalam keluarga. Rata-rata dari cerita ibu-ibu yang berkongsi mengatakan perubahan tingkah laku anak yang lebih tua yang menjadi lebih cerewet dan ingin perhatian yang lebih sejak dari mengandung lagi. Kemungkinan, faktor perubahan fizikal (perut semakin membesar) pada ibu yang dilihat oleh anak tadi yang menyebabkan anak tadi kurang selesa ditambah pula emosi ibu hamil yang kadang-kala lebih stress dari biasa. Adakalanya ada dikalangan ibu yang mempunyai anak yang masih lagi menyusu sewaktu mendapat cahaya mata yang seterusnya dan terpaksa mengawal karenah anak tua yang berebut-rebut ingin menyusu tatkala melihat si adik tadi menyusu🙂

3. Sokongan dalam penyusuan
Sokongan daripada ahli keluarga terutama suami sangat penting dalam membantu menjayakan penyusuan oleh ibu-ibu. Selain daripada itu, ibu-ibu juga perlu tahu bahawa adanya kumpulan-kumpulan sokongan penyusuan yang terdiri daripada kakitangan hospital mahupun kumpulan-kumpulan penyusuan NGO yang boleh membantu mereka secara terus-menerus sekembalinya dari hospital.

**Jom ke SGM seterusnya bulan depan🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: