Sentuhan kulit ke kulit & Penyusuan di Awal Kelahiran

Dah lama nak cerita pasal pengalaman saya ‘skin-to-skin’ selepas kelahiran. Semasa melahirkan azri dahulu saya tidak merasa pengalaman ini. Malah tidak tahu pun mengenainya apatah lagi kepentingan. Kerana dahulu, saya menyangka proses menyusukan anak tidak memerlukan pengetahuan lebih dan ianya akan berlaku secara semulajadi. Namun tidak bagi saya. Mungkin ianya berlaku dengan lancar bagi sesetengah orang walaupun kali pertama.๐Ÿ™‚

(Gambar dari google)

Hampir dua tahun ilmu penyusuan yang saya pelajari dan dalami dapat dipraktikan bermulanya pada 25 April 2011. Oleh kerana saya bersalin di hospital bukan rakan bayi, amalan sentuhan kulit ke kulit ini tidak dipraktikan. Mungkin bagi ibu-ibu yang bersalin dihospital kerajaan, rutin ini menjadi satu kemestian (well, its depends).

Sejurus selepas kelahiran:
Saya tidak pun memberitahu nurse/midwife yang bertugas ketika itu tentang keinginan saya untuk meletakkan bayi secara kulit ke kulit sejurus sahaja bayi saya dilahirkan. Malah birth plan pun tidak saya tunjukkan, hihi! Sebaik sahaja izzet keluar dan tali pusat dipotong, mereka terus tunjukkan pada saya dan bertanya samada lelaki atau perempuan. Semasa itu lah saya terus meminta izzet (masih diselaputi lendir,darah dan sebagainya) untuk diletakkan diatas dada.

Saya memegang bayi diatas dada selama doktor sibuk menjahit episiotomy. Sewaktu itu, bayi saya tidak menunjukkan tanda-tanda ingin menghisap walaupun kadang-kala saya lorongkan kepalanya kearah puting. Tidak semestinya bayi wajib menghisap puting sejurus diletakkan atas dada ibu tersebut. Daripada artikelThe Importance of Skin to Skin Contact‘, Dr. Jacknewman:

Even if the baby does not latch on during the first hour or two, skin to skin contact is important for the baby and the mother for all the other reasons mentioned.

If the baby does not take the breast right away, do not panic. There is almost never any rush, especially in the full term healthy baby

Saya mendakap bayi selama mungkin, dan nurse yang berada disitu tidak pun meminta-minta bayi untuk dibawa pergi (dibersihkan, ditimbang, etc). Sehingga saya yang memanggil nurse untuk mengambil bayi saya, cuma saya berpesan yang saya mahukan bayi saya secepat mungkin setelah setelah proses-proses itu semua.

Tak sampai 15 minit, bayi saya dikembalikan semula pada saya. Saya minta nurse untuk buka semula kain bedung tersebut dan letakkan semula bayi skin to skin diatas dada saya, dan kain hanya menutup belakang bayi dan saya. Ketika itu, bayi saya baru mula menghisap dari dalam labor room sehinggalah saya berpindah ke wad.

12 jam selepas kelahiran:
Bayi saya sudah mula lebih banyak tidur daripada menyusu berbanding sejurus selepas kelahirannya. Hinggakan saya terpaksa mengejutkannya setiap satu jam. Oleh kerana saya sudah mengetahui bahawa pada 1-3 hari pertama hanya kolustrum sahaja yang dihasilkan dan kuantitinya hanya sedikit sahaja, jadi saya tidak mengharapkan susu yang akan keluar mencurah-curah pada ketika ini.

Saya hanya meneruskan sesi penyusuan dengan kerap iaitu minimum 8-12 kali sehari. Dengan jumlah kolustrum yang diterima itu walaupun ‘sedikit’ tetapi ianya sudah memadai dan mencukupi keperluan bayi ketika itu. Dan cecair kolustrum itu juga bertindak sebagai laksatif untuk menyingkirkan (bilirubin yang menyebabkan jaundice) melalui najis bayi.

24-48 jam seterusnya:
Saya masih lagi meneruskan penyusuan dengan seyakin-yakinnya. Kali ini dengan perasaan yang sangat rileks, tidak gusar adakah bayi saya ini mendapat cukup susu atau tidak, adakah bayi saya lapar jika dia menangis. Apa yang saya dapat bezakan, mungkin kerana kekerapan saya menyusukan membuatkannya kurang meragam berbanding azri dahulu.

Bayi saya yang ini agak kurang meragam (menangis) berbanding azri dahulu. Jika difikirkan secara logiknya, mungkin sesi kekerapan penyusuan diawal-awal kelahiran yang menyebabkan bayi saya kali ini ‘lebih baik’. Bayi sentiasa dalam dakapan si ibu hampir sejam sekali membuatkanya lebih tenang.

Berbanding azri dahulu (dengan tiada ilmu), saya hanya tunggu dia menangis baru hendak diangkat, dan jika ia tidur melangkaui sehingga berjam-jam lama adalah satu perkara yang melegakan saya yang ketika itu tanpa saya sedari sebenarnya akan memberi impak besar didalam penyusuan dihari-hari seterusnya.

Selepas 3 hari:
Saya mula merasakan payudara mula membengkak dan ini menunjukkan susu matang telah mula terhasil selepas kolustrum. Dan ketika tempoh ini pengeluaran susu sangat tinggi sehingga kadang-kadangkala akan terjadinya engorgement atau bengkak payudara. Oleh kerana saya sudah tekad untuk tidak melibatkan apa-apa alatan pemerahan, botol dan seangkatannya, saya cuma tuam dan ‘paksa’ anak saya menyusu juga, hihi! Mujur dia mahu menyusu dan bengkak dapat dilegakan tanpa perlu memerah. Saya sudah berkira-kira jika masih bengkak lagi saya akan cuba untuk perah tangan sahaja.

Alhamdulillah izzet akan genap 2 bulan pada 25 Jun ini. Sekejap sahaja masa berlalu. Dari bergelar EP dahulu, kini saya tidak lagi EP, mudah-mudah sehingga seterusnya. Buku EP telah ditutup dan ‘My EP Stories‘ akan tetap menjadi diari dan kenang-kenangan buat saya dan menjadi bukti kegigihan seorang ibu suatu ketika dahulu yang memerah siang dan malam untuk membekalkan susu ibu dengan botol pada anaknya sehingga hampir 2 tahun.

Satu pengalaman yang tidak ternilai harga, bersyukur kerana berpeluang untuk merasai pengalaman itu, berpeluang untuk merasai perasaan seseorang ibu yang tidak dapat menyusukan anaknya, perasaan betapa sukarnya untuk memujuk anak kembali menyusu dan berputus asa, perasaan yang sentiasa terusik apabila setiap kali terasa seakan tiada ‘bonding’ dek kerana tidak dapat menyusukan anak secara terus setiap kali membaca, melihat, terdengar tentang faedah-faedah penyusuan susu ibu, walaupun hanya minum susu ibu didalam botol.

Kesemua pengalaman dan perasaan-perasaan tersebut menjadikan perspektif penyusuan saya lebih luas didalam memahami pelbagai masalah penyusuan yang dihadapi oleh ibu-ibu diluar.

5 thoughts on “Sentuhan kulit ke kulit & Penyusuan di Awal Kelahiran

  1. NuRuL DhiA says:

    pengalaman yg xsemua ibu2 menyusu perolehi. mmg sgt bernilai dan dirimu begitu bertuah kerna dpt melalui dgn tabah, syabas dear!!!

  2. tak sabar nak lihat izzet disebalik nursing covermu bukan lagi FS yg bergayutan hehehheeh..bertuahkan melalui kedua2 pengalaman yang berbeza.

  3. Hayatie says:

    nurul dhia: alhamdulillah..terima kasih :)CPN: Ya, kali ini disebalik kain sudah bertukar, hihi!

  4. ~farra_~ says:

    salam kenal. mohon izin untuk kongsi entri ini di fb~farra2905.blogspot.com~

  5. Kasih Kita says:

    Saya pun seorang EP. Harap dapat direct feed utk anak ke2 mcm kak yati๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: