Soft Structured Carrier

Ramai yang tanya saya mengenai SSC ini atau nama yang lebih panjang dipanggil soft structured carrier. Ianya adalah salah satu jenis ‘babywearing gears’ selain daripada pouch, ring sling, wrap, mei tai dan sewaktunya dengannya. Apa-apa jenis pun adalah mengikut keselesaan dan kesukaan individu tersebut.
Bagi saya yang tidak reti ‘ber-ring sling’ ini selain daripada pouch, saya lebih gemar menggunakan SSC ni. Bagi yang tidak tahu SSC ini bagaimana, ianya masih diperbuat daripada fabrik juga (bodynya sama seperti mei tai) cuma ianya menggunakkan buckel seperti dalam gambar diatas.

Selain daripada itu, saya lebih gemar menggunakan SSC sebabnya suami saya pun boleh memakainya sekali. Kalau jenis RS atau pouch, encik suami agak keberatan nak memakainya, hihi!.

Selepas tak larat kendong azri dalam pouch lagi, saya terus beli SSC. Jenama pertama yang saya beli adalah Jumpsac. Kemudian, terjebak beli SSC yang kedua iaitu ERGO. Yang ni memang pembelian saya yang paling puas hati. Body panelnya diperbuat daripada fabrik organik cotton memang sangat lembut. Kemudian saya sambar juga SSC Pognae, sebab obsess juga dengan corak camo, hihi!

Jadi, bila dah ada baby ni, saya teringin pula nak cuba RS, memula tu teringin juga nak ber-wrap. Tapi saya dapat rasakan yang saya akan pakainya tak lama sebab saya dan anak-anak jenis cepat berpeluh, termasuklah lah baby baru ini, hihi! Konpem pakainya sekejap sahaja ditambah dengan cuaca yang asyik panas.

Kemudian saya beli lah RS, yang murah-murah je dulu nak cuba-cuba pakai. Tapi terjadi saya agak kurang pandai nak pakai untuk newborn ni. Nampak macam senang tapi terkial-kial, baru nak ejas-ejas, anak saya dah melalak pula. Sudahnya saya simpan semula.

Akhir sekali saya beli je infant insert. Saya tergerak nak beli selepas melihat video ini di youtube.

to ensure that their newborn is positioned correctly on the pillow, keeping pressure off the developing sacrum, and supports the development of the spine and hips

Mula-mula letakkan baby atas insert ni dulu. Kusyen yang ada dibelah bawah punggungnya bertujuan untuk mengurangkan pressure pada tulang belakang dan pelvik semasa bayi di letakkan didalam carrier tersebut.


Pastu terus zaaas bersiar-siar. Masa ni, izzet dah jaga, dia excited mendongak ke atas tengok lelampu bagai tu, tu yang nampak terlentok tu..

Kalau dia tidur, dia akan berposisi begini. Cozy kan?, hehe!
Kat mana saya beli semua ni? Ada dijual di tinytapir.com dan juga online store yang lain atau google search sahaja ‘soft structured carrier malaysia’ . Harap dapat menjawab persoalan wizana, fazidah dan hanum… 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: