Mengenjut Bayi (Rocking baby)

Saya perasan, izzet lebih mudah tidur sewaktu saya memegang,mengendong dan sebagainya. Dalam erti kata lain, kena angkat lah. Pendek kata, dia akan tertidur jika terasa pergerakan. Berbanding kalau saya letaknya diatas tilam atau dalam keadaan yang statik, dia akan sering terjaga.

Mengikut pembacaan saya di internet mengenai mengenjut bayi (rocking the babies) ini, rata-rata mengatakan bayi lebih mudah tertidur dalam posisi yang bergerak-gerak (rocking motion) kerana terbiasa semasa didalam kandungan kita sentiasa sentiasa bergerak kan.


Sebab itu kesan pergerakan ini bukan sahaja memberi kesan pada bayi malah juga orang dewasa, sebab itu adakalanya kita sering tertidur semasa menaiki kereta, didalam bas dan sebagainya, hihi!

Saya ada terbaca juga artikel-artikel lain tentang bagaimana untuk mengajar bayi untuk tidur sendiri tanpa perlu mengenjut, mendodoi dan sebagainya. Menurut artikel tersebut perbuatan mengenjut/mendodoi ini akan menjadi habit kepada bayi dan bayi akan sentiasa perlu dibuat begitu setiap kali untuk menidurkanya.

Satu artikel yang bagus juga untuk pembacaan mengenai isu ini adalah ‘Sleep Associations- Is Rocking Your Baby Harmful?

Jadi, adakah perbuatan mengenjut bayi untuk menidurkannya menjadi suatu masalah? Ianya terpulang kepada family itu sebenarnya. Ianya mungkin menjadi masalah jika perbuatan itu melecehkan atau menghadkan aktiviti lain bagi orang yang menjaganya.

Bagi saya yang surirumah sepenuh masa ini, saya tidak kisah kaedah apa pun yang penting apa yang terbaik yang membolehkan anak saya tidur dan saya dapat membuat kerja lain sementara dia akan terjaga dalam masa beberapa jam lagi. Malam tidak menjadi masalah kerana co-sleeping membuat bayi lebih mudah tidur berbanding diwaktu siang. Jadi diwaktu saya perlu menggunakan kaedah2 lain untuk menidurkannya.

Semasa azri dulu, saya menggunakan buaian. Orang kata kalau tidur berbuat kemana-mana perlu diusung buai itu, namun alhamdulillah azri mudah tidur pula bila balik kampung, bercuti dan sebagainya, tidak perlu bawa buai itu.

Untuk adiknya pula, saya tidak berpeluang langsung untuk menggunakan buai sebab dah jadi bahaya bila azri sering nak ‘tolong’ membuai sekali. Dan bagi saya ianya lebih bahaya jika nak meletakan bayi didalam buai jika ada kanak-kanak yang lebih besar yang belum faham istilah bahaya.

Kadang-kala saya gunakan kerusi ini. Tetapi jarang juga, sebab bila duduk disini, saya tidak dapat mengadap laptop, hihi!

izzet@1 m.o, 5.2kg

Jadi, saya selalu buat begini, letak baby atas lutut dan goyang selow-selow sambil ‘online’ sekali, hihi! Tapi risau juga kalau ada effect dengan perbuatan macam ini. Semasa search artikel mengenai kesan mengenjut bayi (rocking), saya terjumpa artikel mengenai ‘Abusive Head trauma (shaken baby syndrome)’ yang mengatakan:

Normal interaction with a child, like bouncing the baby on a knee, will not cause these injuries. It’s important to never shake a baby under any circumstances.

Lega lah juga bila dah tahu. Apa yang boleh saya simpulkan dari pembacaan beberapa artikel mengenai perbuatan mengenjut bayi ini rata-rata memberikan kesan positif dalam usaha untuk menidurkan bayi cuma perlu dengan alatan dan teknik yang betul. Jika memilih buai, pastikan buaian itu mempunya ciri-ciri keselamatan dan digunakan dalam persekitaran yang selamat (ie, perlu dalam pengawasan daripada anak-anak yang lebih besar dan sebagainya.

3 thoughts on “Mengenjut Bayi (Rocking baby)

  1. buai pun mmg kene pilih kan yg spring henjut kuat2 tu rasanya mmg bahye sbb peraturan taska pun tak boleh guna buai kan..tpi kalo org tua dpt baring dlm buai pun lena tidokan..kikiki.eh eyelet plier tu aku beli ngan hazdi home decor(online) lama dh beli tahun bila ntah xtau dia jual lg ke dak harga RM39 juga kot.skrg ni byk kot dh org jual kt online ko terai google je eyelet plier mst keluar la sesapa yg jual hihi..snap plier yg ko beli tu sesuai gakkan snap kt tali beg ke,purse ke ,wristlet ke kan..

  2. Hayatie says:

    ooo ye ksh!..pastu yang dia punya ring2 dalam tu leh beli kat kedai jahit je ekk?

  3. Afne says:

    salam yati, afne dh terima buku breastfeeding sucks. tqvm. tgh mencari masa utk membacašŸ˜€

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: