Bengkel Latihan PPIMM/MBfPC di Zon Utara

Kepada ibu-ibu yang mempunyai semangat dan minat mendalam dalam penyusuan susu ibu dan suka membantu rakan-rakan, saudara-mara dalam hal ehwal penyusuan, anda semua digalakkan untuk menyertai bengkel latihan Pembimbing Ibu Menyusu atau Peer Counselor yang bakal diadakan di Zon Utara pula. Maklumat bengkel latihan adalah seperti berikut:

Tarikh : 10-12 Jun 2011
Lokasi : WNS Homestay, 2175-A, Jalan Mahkota, Off Jalan Stadium, 05250 Alor Star, Kedah.
Masa: 8.00am-6.00pm
Yuran penyertaan: RM100

Bagi yang berminat untuk menyertai bengkel latihan seperti diatas, sila hantarkan butiran berikut kepada admin@malaysianbfpc.org :

1) Nama
Ii) alamat
Iii) nombor telefon
Iv) e-mail
V) Nyatakan secara ringkas kenapa anda berminat menyertai bengkel ini
Vi) tarikh/lokasi bengkel yang ingin disertai.

Pihak pengurusan akan menghantar semula e-mail permohonan penyertaan berserta borang-borang pendafaran yang perlu diisikan kepada yang telah menghantar butiran diatas.

Untuk makluman semua, setiap permohonan akan melalui proses saringan dari pihak pengurusan berdasarkan maklumat dari borang permohonan dan borang questionnaire peserta untuk memastikan hanya peserta yang memenuhi kriteria pemiihan sahaja layak untuk menyertai bengel latihan ini. Maklumat selanjutnya mengenai bengkel latihan akan diumumkan melalui e-mail jemputan penyertaan kepada yang telah memberi butiran kepada pihak pengurusan MBfPC.

Minta juga, kalian panjang-panjang makluman ini pada teman-teman lain yang mungkin berminat yer! Mari kita panjangkan lagi jaringan Pembimbing Ibu Menyusu ini agar lebih ramai ibu-ibu diluar yang dapat kita bantu.🙂

2 thoughts on “Bengkel Latihan PPIMM/MBfPC di Zon Utara

  1. asmaa says:

    assalamualaikum tie,aper kabar dlm keadaan berpantang nih :)nak tanya…mbfpc di pantai timur akan diadakan tak…try risik2 dulu…hehehe

  2. Hayatie says:

    Wslm asmaa, dah hari ke 29 berpantang ni..hihi. Bengkel pantai timur baru je lepas 14-16 Mei tu hari, kita buat Kuala Terengganu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: