Ex-EP’er

Kalau saya jawab didalam shoutbox ini memang tak muat lah jawabnya.🙂

Ramai sebenarnya yang tidak tahu, terutamanya pada rakan-rakan yang baru terjumpa blog saya ini. Dan tak tahu lah kali keberapa ulangan cerita yang hendak diberitahu ini, hihi! Passion saya didalam penyusuan bermula apabila menghadapi kesukaran dalam penyusuan sewaktu kelahiran azri dahulu. Yang menyebabkan saya tidak berjaya untuk menyusukan dan akhirnya menjadikan saya seorang ibu yang hanya memerah sahaja. Namun pada masa yang sama, saya belajar dan mencari ilmu dalam penyusuan untuk dikongsi pada-pada ibu-ibu yang baru supaya tidak menghadapi kesukaran dan mengulangi kesilapan seperti yang saya alami dahulu.

Oleh kerana hendak memaintaikan pengeluaran susu, saya harus memerah sekerap bayi menyusu dalam satu hari, iaitu sekurang-kurang 8x sehari. Jadi, jika dicampurkan kesemua sesi pemerahan itu (termasuk siang & malam) dapat lah -+30 oz sehari🙂 Itu adalah jumlah untuk 8x sesi perahan!. Setiap orang berbeza kapasiti pengeluaran. Apa yang penting, beberapa pun jumlah yang dihasilkan, ianya telah disetkan untuk mencukupi keperluan bayi itu.

Begitulah aktiviti harian saya sehinggalah saya berhenti memerah padal usia azri 1 tahun 11 bulan tempohari kerana pregnant. Dan tercetuslah blog ini sebagai diari saya untuk merakamkan kisah pemerahan saya selama hampir 2 tahun ini. Bolehlah godek-godek entri lama dalam label ‘My EP (exclusive pumping) Stories‘. (Caution: Ada banyak gambar EBM dalam tu, huhu! )

Alhamdulillah, untuk anak yang kedua ini. Saya lalui penyusuan buat kali kedua dengan jayanya. Saya lakukan apa yang saya tidak buat dahulu, saya praktikan apa yang telah saya pelajari dahulu yang sebelum ini hanya dapat saya tunjukkan secara teori dengan ibu-ibu yang lain sahaja. Mudah-mudahan, ianya berterusan, amin!

One thought on “Ex-EP’er

  1. ayu says:

    all the best..^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: