Bila nak berCD semula?

Ni koleksi CD zaman batu saya masa azri dulu. Plain je semua, dolu-dolu kalau nak beli printed ala-ala mahal skit. Saya mula pakaikan azri CD start umur dia lebih kurang 4 bulan sehinggalah dia 1 tahun 11 bulan. Saya tidak berapa fanatik sangat nak menambah CD, beli cukup-cukup sampai boleh fully CD sudah cukup.

Berhenti pakai CD bila saya mula pregnant dan mabuk tak tahan nak cuci CD yang ada poo-poo. Lagi satu sepanjang hamil saya tak boleh renyah-renyah sangat kena banyak berehat. Sepanjang 9 bulan lah saya guna Disposable diaper (DD) semula.

Ingat lepas habis pantang ni, nak mula berCD dengan Izzet semula. Azri? saya tak pasti lah nak continue pakaikan dia CD atau tidak. Sebab ‘hasil keluaran’ dia macam tak ditampung dek CD tu lagi. Bayangkan tak sampai 2 jam saya perlu tukar CD dia, cukup satu hari penuh baldi saya, huhu! Insert pun perlu letak sehinggan 3 lapis yang tebal. Tong sampah saya dah bertambah penuh dengan DD kedua-dua anak ni.

Comel tengok CD yang baru-baru ni semua dah bercorak-corak kan. Geram jer saya nak tambah lagi, kali ni kalau boleh semua nak yang printed jer. Tapi takda makna lah berjimat kan, sedangkan CD yang lama masih boleh digunakan lagi, cuma boring dengan warna sahaja. Kata boleh guna CD dari abang hinggalah ke adik-adiknya, ni baru betul jimatkan, haha! Apa kata hantar refurbish sahaja CD-CD plain yang ada tu seperti letak sulaman kah, felt kah etc. Ada yang boleh bagi special price pada saya? kih kih!

Gigih abang Azri menolong saya bukakan butang dan keluarkan insert untuk di cuci. Mulutnya tak habis-habis sambil berkata “adik-nyee,adik-nyee”.

Siap-siap untuk dicuci, penuh satu mesin. Cuma ada beberapa CD yang innernya sudah perang kerana kesan poo-poo. Bagaimana yer nak bikin ianya kelihatan gebu dan putih semula.

3 thoughts on “Bila nak berCD semula?

  1. Yati, You da cuba cuci dgn sabun mandi. Saya selalu cuci dahulu CD yang ada najis dgn sabun mandi (yang buku). Then kalu da gonyoh pun tak hilang gak warna kuning tu, sy basuh pulak dalam mesin. Memamg berbaloi guna CD ni…banyak kita ble jimat.

  2. Hayatie says:

    Wizana. memang jimat banyak, tinggal rajin atau tidak je, huhU!

  3. nikhazifah says:

    salam tha..lama tak bertenggek kat blog mu ni..hehesorry tu say pasal komen ni: Yati, You da cuba cuci dgn sabun mandi. Saya selalu cuci dahulu CD yang ada najis dgn sabun mandi (yang buku). Then kalu da gonyoh pun tak hilang gak warna kuning tu, sy basuh pulak dalam mesin. Memamg berbaloi guna CD ni…banyak kita ble jimat. pls do not do this. lama2 cd tu akan tersumbat dan tak serap basahan.akan leaking. sebab sabun tu ada sisa minyak.what to do?1. kumpulkan semua insert2 tu dalm satu baldi (insert shj) dan jirus air panas..2. bila air dah sejuk, masukkan dlm wm da buh 3 sudu soda bikarbonat-berdasarkan jumlah insert dlm gmbar tu.3. mode : soak; dan basu mcm biasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: