Alkisah tanda lahir

Ahmad Izzet dilahirkan dengan tanda lahir dimuka yang agak besar. Dari sebelah mata, turun ke sebelah hidung, sedikit di pipi dan juga di bawah hidung. Ianya membuat saya sedikit emosi & sedih diawal-awal kelahiranya apabila pediatrician yang memeriksanya mengatakan ianya adalah tanda lahir yang kekal.

Alhamdulillah setelah beberapa hari berlalu, saya sudah boleh menerima seadanya keadaannya dan tanda itu tidak mendatangkan sebarang rasa emosi pada saya lagi. Dalam pada itu, encik suami gigih membuat temujanji dengan beberapa pakar kulit (dermatologist) di beberapa hospital pakar untuk mendapatkan pandangan.

Dalam masa 16 belas hari ini, sudah 4 orang pakar kami temui untuk mendapatkan pandangan, dan masing-masing memberikan pelbagai jawapan yang berbeza-beza. Mula-mula kami membuat temujanji dengan pakar dermatologist dari Ampang Puter1, kemudian beliau me-refer pula kami ke pediatric surgeon disitu atas alasan apabila melibatkan kanak-kanak adalah lebih baik berjumpa dengan pediatrician.

Temujanji dengan Pediatric surgeon tersebut juga memberikan jawapan yang agak berbeza dari apa yang telah kami baca di internet. Menurutnya, terlalu awal untuk mengenal pasti tanda lahir tersebut, samada ianya jenis Port Wine Stain atau pun Hemangiomas (Kedua-kedua istilah ini adalah jenis-jenis tanda lahir yang telah kami gugel & baca di Internet). Menurutnya lagi, seelok-eloknya adalah menunggu sehingga bayi besar untuk memulakan rawatan laser dan rawatan tersebut juga perlulah ditimbang-tara samada benefits outweigh the risk and vice versa bla bla bla…

Venual Malformations (Port Wine Stains) are always present at birth and can range from pale pink to dark purple in color. In the past these lesions were erroneously called “capillary hemangiomas.”The cause has been recently associated with a deficiency or absence in the nerve supply to the blood vessels of the affected area. If the nerves are absentor defective, the vessels will continue to dilate and blood will pool or collect in the affected area. The result will be a visible birth mark.

[Sumber: Port Wine Stain, Vascular Birthmark Foundation]

Dan beberapa sesi temujanji dengan beberapa dermatologist juga memberikan jawapan yang lebih kurang sama dan ada juga yang kata rawatan laser yang dicadangkan apabila bayi telah berusia 4-5 tahun. Dan ini cukup berbeza dengan pembacaan yang kami baca mengenai rawatan tanda lahir jenis Port Wine Stain terutama dalam laman web Vascular Birthmark Foundation. Di mana, didalam forum tersebut, ada ibu-bapa yang telah memulakan rawatan seawal usia sebulan.

Menurut pembacaan kami disitu, lagi awal rawatan laser dibuat, kebarangkalian untuk tanda tersebut hilang adalah lebih mudah dan cerah. Dan hasil dari cadangan ibu-bapa disitu agar merujuk dengan pakar yang tepat iaitu pediatric dermatologist. Dan hasil dari carian saya di internet membawa kami kepada pediatric dermatologist yang berada di Damansara Specialist.

Beliau juga adalah deputy chairperson bagi Persatuan Dermatologi Malaysia. Penerangan doktor ini sangat bagus dan jawapan yang diberikan bertepatan dengan apa yang telah kami baca. Doktor juga mengesahkan bahawa tanda lahir Ahmad Izzet adalah jenis Port Wine Stain. Menurutnya, rawatannya memerlukan mesin khas iaitu jenis Vascular Laser bla bla (Lupa dah!). Dan mesin itu cuma ada di HKL, Tropicana Medical center dan juga Prince Court. Tapi beliau mencadangkan kami ke HKL kerana doktor disana adalah pediatric Dermatologist (dan merupakan kawan beliau). Surat referal ditulis beliau dan temujanji kami di HKL di tetapkan pada 16 Jun ini.

Saya tidak lah berharap yang ianya akan hilang 100%. Jika dengan rawatan ini, ianya dapat dikurangkan pun saya sudah bersyukur. Saya agak sedih bila membayangkan di masa hadapan kelak, takut-takut ianya akan mendatangkan perasaan rendah diri, tidak yakin atau malu dengan kawan-kawan, huhu! Semoga Allah memberkati dan mempermudakan urusan kami, Amin!

13 thoughts on “Alkisah tanda lahir

  1. hurmmmm..yela sbb ia besar ekk..jiran aku kat kg pompuan la dah bercucu pun skrg ni dia pun ade tande lahir camni ats hidung n ke pipi sikit..tp pompuan kan jenis suka pakai bedak tebal2 xnmpk la sgt..dia ok n kawen awal jugak huhu..apapun terpulang pd korgla kan kalau mende tu boleh dihilangkan apa salahnya..betul jugak kita mak bapak xde hal tp mulut kenkawan kat skolah bkn blh kita kawal pun apa dorang nak ckpkann..sian jugak anak2 jd murung n sbgnya..makin bambamm la ojil nehhh

  2. Hayatie says:

    Cik puan: yaa, daku siap terbayang dia taknak pi skolah bagai sebab kawan-kawan dia ejek..huhuhu! (panjang betul imejenasi ku ini, huhu!)

  3. Fid says:

    aku tetap nampak Izzet ni comey..sekian terima kasih

  4. izzet baik je bak kata nenek dia😀

  5. fiza says:

    Stuju ngan fid, izzet tetap comel ☺☺☺Tha, mcm muka mu lah ^_^

  6. Hayatie says:

    Fid & Fiza:Wah, nak memujuk hatiku nan lara ini kah, hihi!Nidah: jgn puji dulu, awal lagi nih, baru 17 hari ni..huhu!

  7. UmmuBaqir says:

    salam…kalau betul boleh dirawat, eloklah dicuba dan diusahakan sehingga berjaya…kerana saya juga punya tanda lahir, maka saya faham perasaan susah n sedihnya bagaimana…

  8. habibah_bib says:

    Yatie, aku paham perasaan mu. Sepertimana hamzah dilahirkan dahulu, cuma keadaannya berbeza. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan, emosi ibu, keadaan kesihatan bayi,etc. Tapi apa2 pun, dia tetap comel dan kerisauan akan hilang bila menatap wajahnya. Adus, bermadah plak. Insya-Allah, semuanya akan selamat. Kiss kiss for baby izzet. Hugs to you too, yatie.

  9. Hayatie says:

    Bib, betul. Awal-awal tu memang emosi je, bila terpandang tanda tu. Tapi bila dah lama-lama tengok dia, kdg2 macam dah tak perasan pula/tak hiraukan pun tanda tu..huhu! Bila nak ubat perasaan selalu kenangkan nasib orang lain yang diduga dengan anak-anak yang Istimewa lagi, cam dlm bersamamu TV3 tu.Takpala bib, semoga kita lebih kuat demi untuk anak-anak.

  10. cotton_candy says:

    salam.. saya google pasal hemagioma dan terjumpa blog awk..anak saya nak setahun.. ade tanda jugak di pipi nye..tapi jenis 'strawberry hemagioma'… skrg ni pun tgh refer dgn hukm.. tp betul laa bile dah lama-lama ni mcm dah lupe dh ade tanda tu.. jadi pemanis kat muke die kan..

  11. Hayatie says:

    cotton_candy: betul tu..🙂 jemput masuk group Malaysian Vascular birthmark awareness & support group saya di http://www.facebook.com/groups/160148320749408/

  12. memang betul berkesan ke ?

  13. anne says:

    salam…anak i pun ada hemangioma…umurnya skang dah nak masuk 4 bulan…bulan lepas i dah buat laser kat knik pakar kulit ko….tp malangnya tanda tu masih membesar….i nak try kat tempat lain pulak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: