13 hari

Sudah masuk hari ke-13 saya berpantang. Pengalaman berpantang kali ini berbeza dengan azri. Rasa sakit tempat jahit seakan lebih cepat hilang. Rasa penat, tak cukup tidur, stress, etc seakan tiada kali ini. Mungkin mental sudah bersedia dan pengalaman pertama banyak memberi pengajaran agar dapat menempuh kali kedua ini dengan lebih mudah. Saya dah berangan nak no.3 pula ni, buleh!
Nama adik azri yang baru sahaja didaftarkan. Kali ini pilihan encik suami pula, huhu! Waktu Ahmad Azri Azzuri dahulu, encik suami dalam mode italiano. Waktu adik azri, mode Turki lah pula, huhu!
‘Perkenalan’ si abang dan adik sepanjang 13 hari. Azri tepuk-tepuk, cium-cium kepala adik, pegang-pegang tangan. Begitu lah sehari-sehari. Cuma kami perlu awasi ketika dia berhampiran dengan si adik. Pernah sekali dia ‘terduduk atas adiknya’ sebab melompat-lompat atas katil. Nak luruh jantung saya, huhu! Kemudian ada sekali tu, sedang saya menyusukan sambil baring, dari belakang tiba-tiba melayang sebiji buku jatuh betul-betul atas adiknya lagi. Mujur buku nipis, haishhh!


Ini tengah tiru gaya saya menyusukan adiknya. Siap-siap letak bantal dan selak baju lepas tu minta saya letak adik atas bantal tu sambil kata “..adik, sap susu-sap susu!”. Selagi saya tak letak adiknya atas tu, dia tak puas hati. Layankan lah jap, huhu!

10 thoughts on “13 hari

  1. nak panggil apa ni izzet ke ozil ni..cam comel lak kalo panggil ojil muehehhehe suke2 je kan kaka..

  2. Hayatie says:

    Cik puan nurul: kadang-kadang kami panggil 'ijet ojil' juga..kui kui!

  3. Zezebel says:

    Salam kenal.Macam nama pemain bola sepak german jer tu? Suami minat bola sepak german jugak ke? Hehehehehe….

  4. Hayatie says:

    Zezebel: Tau takper..huhu~

  5. Ely Hasrul says:

    azriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii hahahhahahhahaha comel ok!!!! pasnih dpt girl mau smpai mode jepon hahaha.. p/s – nama anak abg aku sume amik nama depan dia 'riza' baik laki pompan.. seb beik riza tu unisex hehe

  6. Lady Qay says:

    sgt cumel azri…hihi….

  7. Zuhaini says:

    comelnya izzet🙂

  8. fiza says:

    Sayang azri kat adik yer ☺☺Sedap nama 'izzet ozil', 1st time dgr nama 'ozil' ^_^

  9. Normaliza says:

    bestnyer dah dapat bf..hayoooo..bila la nk peknen nih..huhuunik la nama tu..🙂

  10. Hayatie says:

    Liza: Insyallah tu..tingkatkan usaha lagi..kih kih!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: