Kuning

Seperti biasa, baby kali ini memang tidak terlepas juga dari terkena kuning. Masuk hari ketiga kekuningannya dah mula terserlah. Tapi saya tidak lagi ke hospital untuk check darah. Dalam hati masih gusar adakah baby kali ini akan ditahan diwad juga untuk rawatan fototerapi seperti azri dahulu. Saya hanya terus menyusukan dengan lebih kerap sehinggalah hari ke-7, selepas jururawat masyarakat datang ke rumah dan menyuruh saya ke hospital untuk check tahap kuningnya.
Hari ke-7,8,9 tiga hari beturut-turut saya berulang-alik ke hospital untuk mengambil darah dan memeriksa tahap kuningnya. Yang membuatkan saya sedikit lega apabila pada pertama kali ke hospital tahap kuningnya adalah 15.6, mujur tak ditahan ke wad. Keesokan harinya turun 14.3 dan esoknya lagi 11.2. Saya perlu membawanya semula pada hari jumaat ini sekali lagi untuk bacaan yang terkini. Alhamdulillah, kuningnya turun agak cepat berbanding azri dahulu.

Ini kerana, semasa azri dahulu saya tidak kerap menyusukannya. Dan telah di supplement dengan air masak dan juga botol semasa saya berada dalam konflik ‘tidak ada/keluar susu’ lagi semasa minggu pertama, huhu! Dan paras kuning sangat tinggi, pada hari ketiga kelahirannya bacaannya telah mencecah 19.0, kemudian turun sedikit sangat dan kadang-kala ianya naik semula.

[Sumber: Anne Smith, IBCLC]

Oleh sebab itu, kali ini saya sudah pasangkan niat, azam dan keyakinan akan terus menyusukannya sejurus sahaja selepas kelahiranya walauapapun terjadi! Ingat tak artikel Jaundice dari Anne Smith, IBCLC yang saya tepek di entri blog beberapa minggu yang lepas memang betul-betul memberi gambaran yang jelas mengenai Jaundice.

Saya praktikkan apa yang disarankan dalam artikel tersebut bahkan didalam bacaan-bacaan yang lain juga. Yang paling penting, saya harus pastikan bayi saya membuang air besar dengan kerap sekurang-kurangnya lebih dari 2 kali, kerana kekerapan berak akan merendahkan kadar bilirubinnya.

Oleh kerana bayi yang kuning ni akan lebih kerap tertidur dari menyusu, saya berusaha untuk memastikan dia sentiasa dibangunkan untuk menyusu setiap satu jam sekali. Alhamdulillah, kadar kuningnya turun sehingga 11.2 dalam masa 9 hari berbeza sewaktu azri dahulu yang makan bermingu untuk turun sehingga ke tahap itu.

Berpantang dan menyusukan kali ini telah membuktikan kepada ibu dan mertua saya bahawa bayi saya kali ini berbeza dari semasa azri dahulu yang kerap menangis dan meragam semasa dalam harinya sehingga mereka menyangka cucu mereka tidak cukup susu. Mungkin kerana kesan dari pemulaan penyusuan, sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahirannya dan juga di tambah kekerapan penyusuan yang lebih kerap. Menjadikan bayi saya lebih tenang dan kurang meragam kerana sentiasa berada dalam dakapan ibunya.🙂

Gambar azri sewaktu rawatan fototerapi di NICU Hospital Kajang pada hari ke-3 selepas kelahirannya.


6 thoughts on “Kuning

  1. ohh tetiba rasa mahu peknen lg dan 'buat lebih baik kali ni' betul tu berbeza kannn..bertuah pd sesiapa yg awal2 lagi masa mula mengandung sudah mendapat pendedahan yg meluass..

  2. Ely Hasrul says:

    waaa good boy la dia!!! aku dulu time kt ward.. everytime susu sami aku usap2 kepala ckp kat dia.. 'susu byk2 patu poop byk2' hahahhaa alhamdulillah tak kuning dia.. nasib kitorg baik hehe

  3. ~SuSuMaSaM~ says:

    tengs cz share info nih….btol ke org kate % bby nk dpt kunin nih tggi if mom drh 0??????

  4. Hayatie says:

    Cik puan nurul: sila tingkat prestasi selepas ini, hehe!Ely: sycho yer! kih kih!Susumasam: tak pasti lah saya, tapi saya darah A+ pun kena juga. Ada yang disebabkan ABO incompatibility,

  5. Hana Seman says:

    Hayatie, pengalaman anak pertama banyak membantu untuk anak kedua kan.Both anak saya pun jaundice, anak 1st kena admit for phototherapy 2hari..Anak 2nd, jaundice gak, tapi keep on BF dan Alhamdulillah tak perlu phototherapy even jaundice dia lasting sampai minggu kedua.

  6. asmaa says:

    tie citer pasal kuning nie,anak2 saya semuanya dpt kuning. alhamdulillah dari pengalaman,saya buat mcm apa yg tie prektik kan tu…kerap menyusukan anak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: